Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa gembira dan berharap yang terbaik buat sahabatnya, Bella Astillah, terutama jika benar aktres itu telah bertemu jodoh baharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astilah Bagi ‘Pickup Line’, Syed Saddiq Tergamam – ‘Kopi Pahit, Tapi Kisah Kita Yang Manis’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Risau Bella Astillah Tak Cukup Tidur – ‘Kenapa Shooting Habis Pukul 1 Pagi? Saya Perlu Bercakap Dengan Pengarah Awak’
‘Saya mahu Bella hidup bahagia’
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, berkata dia hanya mahukan kebahagiaan untuk Bella.
Ujarnya lagi, dia tidak mahu melihat sahabatnya itu bersedih lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.
Saya lihat mereka berkawan dan jika hubungan ini serius, saya sangat gembira. Saya mahu Bella hidup bahagia dan tidak lagi bersedih. Apa yang penting, sesuatu yang positif dalam hidupnya.
Walaupun rapat dengan Bella, Sarah memberitahu bahawa dia enggan masuk campur dalam urusan peribadi sahabatnya itu, termasuk soal hubungan Bella dengan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Hendak sibuk bertanya (tentang Syed Saddiq) itu memang tidak sebab saya bukan jenis bertanya perkara peribadi tetapi kita doakan sahaja buat mereka. Kalau ada jodoh itu, insya-Allah adalah.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mengakui bahawa Syed Saddiq membawa aura positif bukan sahaja kepada Bella, tetapi juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya.
Syed Saddiq adalah individu yang memberi pengaruh positif dalam hidup Bella dan mereka yang rapat dengannya. Apa pun, kita doakan yang terbaik.