Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 memansuhkan sembilan elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) berkuatkuasa 1 Januari 2020. Pemansuhan ini menjejaskan 33 skim perkhidmatan melibatkan pegawai lantikan baru.
Perkara ini ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati anggota perubatan sehingga mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bantah elaun BIPK dimansuhkan
Potong allowances Ahli Politik & menteri,
Bukan allowance kritikal bagi doktor, pharmacist, nurses muda.Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.
Saya pendekkan cuti saya, pulangkan allowance percutian & teruskan potongan gaji 10% pic.twitter.com/XSwIyvFceK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 24, 2019
Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor, pharmacist dan doktor muda kita. Kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun yang diberikan kepada ahli politik dan juga menteri seperti saya. We should not wrong our young doctor, nurse and those in critical services. They already overwork dan unpaid. Saya tahu perkara ini kerana saya menjalani pembedahan apendisitis di hospital kerajaan and they give best treatment to all Malaysian.
Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh JPA yang membawa kesan kepada ramai anak muda dalam sektor kerajaan. As the beginning saya akan memotong pendek cuti tahunan saya dan akan memulangkan setiap sen duit yang saya terima sebagai holiday allowances.
I already reduce 10% of my salary and i’ll ensure that others will be reduce as well until this problem is resolved. Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka, kita tidak patut menganaktirikan mereka dan ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Menerusi sebuah posting di Twitter, Syed Saddiq membantah pekeliling baru yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan ramai anak muda dalam sektor kerajaan. Ahli Parlimen Muar ini juga mencadangkan potongan elaun dilakukan kepada ahli politik dan menteri bukanlah doktor, ahli farmasi dan jururawat.
Penerima sedia ada tidak terjejas – JPA
Walaubagaimanapun, JPA menerusi tweet terbaru menerangkan kekeliruan yang diviralkan orang awam. Maklumbalas media itu menjelaskan pemansuhan BIPK ini hanya melibatkan lantikan baru, penerima BIPK sedia ada tidak terjejas sama sekali.
Sumber : Syed Saddiq , JPA