berita

Syed Saddiq Nafi Sembang Lucah Dengan Pelajar Di Whatsapp, Mahu Cari Penyebar Video

May 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: The Star

Baru-baru ini tersebar satu video di media sosial memaparkan perbualan berbaur lucah yang didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq bersama dengan seorang pelajar sekolah.

Terbaru, Syed Saddiq telah tampil menafikan sekeras-kerasanya berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

Video perbualan lucah tersebar

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, video pendek berdurasi 0:45 saat telah dimuat naik pada 3 Mei lalu di satu akaun Youtube yang baru sahaja dicipta sekitar 28 Mac. Berdasarkan video tersebut memaparkan perbualan Whatsapp seorang individu yang nombornya disimpan dengan nama ‘Baby Saddiq’ bersama seorang pelajar sekolah yang dikenali dengan nama Eika.

Kelihatan juga si pengirim mesej tersebut didakwa berkali-kali berbicara mengenai bentuk badan selain memuji gambar terbaru yang dimuat naik oleh gadis tersebut di IG. Tidak terhenti di situ, individu berkenaan dipercayai turut meminta gambar tidak senonoh daripada gadis ini.

Dengan I tak yah lah malu. You know me right.

Thinking of you already gets me hard. So difficult with puasa.

Beritahu saya apa yang awak pakai sekarang. Apa yang awak pakai di dalam baju?

Syed Saddiq nafi

Foto: Malay Mail

Memetik laporan Malaysiakini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan bahawa dirinya terlibat dalam perbualan lucah itu selain memaklumkan akan mengambil tindakan kepada individu yang telah menyebarkan video berkenaan.

Menjijikan. Ini terang-terang suatu fitnah, fitnah yang menjijikkan. Tak masuk akal. Kalau tahu siapa yang sebarkan, tolong maklumkan supaya saya boleh ambil tindakan mahkamah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Taware mengesahkan telah menerima laporan berhubung isu terbabit dan mereka sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Malaysiakini

SKIP THIS AD ×