Sejak akhir-akhir ini, tularnya perniagaan jeruk mangga yang dilakukan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Terbaharu, pempengaruh dan pengkritik makanan iaitu Syedot ASMR mencuri perhatian apabila melakukan ‘review’ jujur terhadap juadah tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jason Bagi 7.3 ‘Rate’ Sate Bhalut Mark Adam – ‘Tak Berbaloi Dengan Harga & Kuantiti Sebegitu’
‘Packaging’ kembung?
@syedot_asmr maaf syakap! jeruk manga dato aliff syukri ni kalau korang beli pastikan terus letak dalam peti ais dalam sejam dua terus makan ya! Rating 2/10 (maybe sebab pos cuaca panas sejuk, akan kacau proses jeruk tu) #SyedotAsmr #MakanLokal #JerukMangga #DatoAliffSyukri ? original sound – SYEDOT ASMR
Menerusi perkongsian di TikTok, Syedot ASMR mendakwa ‘packaging’ jeruk tersebut berada dalam keadaan yang kembung sewaktu dihantar ke lokasi yang dimintanya.
Kita akan cuba jeruk (yang dijual) Aliff Syukri.
Yang ini kita baru keluarkan dari peti sejuk tapi masa kami dapat (parcel) memang keadaan ‘packaging’ jeruk ini kembung.
Gas dia memang banyak jadi saya terus campak dalam peti ais bagi sejuk, barulah ia mengecut.
Selepas gigitan pertama, Syedot ASMR memaklumkan dia tidak boleh meneruskan untuk mencuba jeruk mangga tersebut kerana keadaannya yang begitu berasid.
Bukan itu sahaja, Syedot juga mendakwa jeruk mangga tersebut sudah mula berbau dan tidak boleh dimakan.
Okay yang saya punya dah berasid teruk dah.
Dah tak boleh makan dah sebenarnya ini, dia dah mula berbau.
Bagi rating 2/10
Di ruangan kapsyen, pempengaruh ini berpendapat bahawa proses penghantaran yang sedikit mengambil masa telah menjejaskan kualiti jeruk tersebut.
Syedot ASMR kemudiannya memberikan rating sebanyak 2/10 untuk keseluruhan rasa jeruk mangga tersebut.
Maaf cakap, jeruk manga Aliff Syukri ini kalau korang beli pastikan terus letak dalam peti ais dalam sejam dua terus makan ya! Rating 2/10.
Dia dah jadi macam tapai dah. Bergas dan berlendir. Mungkin sebab pos sewaktu cuaca panas sejuk jadi ia akan kacau proses jeruk tu.
Sumber: TikTok