berita

Syida Melvin Jual Kopi, Gaduh Ke Dengan Adik Beradik Syatilla?

March 20th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin yang berasal daripada utagha (utara). Keempat-empat adik beradik ini memang ‘hingaq’ sewaktu menjual produk keluaran mereka di TikTok.

Adik beradik lain sokong

Terbaru, Syida memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradik untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.

Menurut Syida, 25, dia mahu mencabar diri dengan memulakan bisnes sendiri namun itu bukanlah bermaksud dia ‘keluar’ daripada produk kosmetik yang sudah makin dikenali.

Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.

Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin berkata keputusannya untuk mencuba perkara baharu tidak mendapat tentangan daripada adik beradik. Malah, mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.

Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu.

Nak bantu ramai orang

Dalam pada itu, Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, memberitahu dia ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah.

Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya,  Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ.

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

SKIP THIS AD ×