berita

Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’

June 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon dan selebriti media sosial, Syifa Melvin akhirnya berkongsi foto ‘baby bump’ kepada umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Baby Bump

Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Syifa memuat naik sekeping foto bersama suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid bersempena Hari Raya Aidiladha.

Menerusi foto tersebut, Syifa dan suami dilihat sedang meletakkan tangan mereka di atas perut aktres itu sehingga menampakkan bentuk perutnya yang sedang hamil.

Sementara itu, Syifa menerusi ruang kapsyen meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan dan berdoa agar urusan mereka serta bayi dipermudahkan.

Tak lama lagi menanti zuriat dari Allah S.W.T akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib. Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran-Mu, Aamin.

Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa serta ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, Safawi menerusi satu sesi temubual pada 15 Jun lalu mendedahkan isterinya sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Imbas kembali, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×