berita

Syoknya Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives!

September 23rd, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-09-23 at 11.47.07 AM

Untung badan! Itulah perkataan pertama yang terkeluar daripada mulut kami apabila menerima beberapa screenshot foto bulan madu Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Ha.. biasanya bagi rakyat marhaen seperti kami ni hanya mampu bermimpikan bulan madu paling jauh pun ke Pulau Bali sahaja, tapi lain pula ceritanya dengan Eina dan pasangan yang memilih Pulau Maldives untuk menyulam cinta.

Menerusi foto-foto tersebut, jelas kelihatan bahawa pasangan yang diijabkabulkan pada 31 Ogos yang lalu ini sedang seronok menikmati percutian bulan madu mereka.

Screen Shot 2014-09-23 at 11.49.29 AM

Berapalah agaknya kos mereka berbulan madu di syurga dunia tu ya? Tapi, apabila mengenangkan status suami Eina yang bergelar Datuk Paduka tu, kami rasa bajet bulan madu itu bagaikan ‘tutup sebelah mata’ je.

Mana taknya, wang hantaran yang diterima oleh Eina di majis pernikahannya dahulu pun sudah bernilai RM77,000. Malah, suaminya juga menghadiahkan Eina sebuah kereta Chevrolet Camaro tau! So, setakat bercuti di Pulau Maldives ni, tiada masalah pun!

Buat anda semua yang hanya mampu berangan-angan mahu ke sana, apakata kita cuci mata terlebih dahulu dengan gambar pasangan sejoli ini. Mana tahu nanti rezeki kita pula ke sana kan? Huhu.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×