berita

‘Syukur Allah Berikan Seorang Adik Yang Tempatnya Insya-Allah Di Syurga’ – Anne Ngasri

February 13th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Anne Ngasri

Tidak pernah menyalahkan takdir, pelakon Datin Anne Ngasri sebaliknya bersyukur dikurniakan seorang adik yang lahir dalam keadaan ‘istimewa’ iaitu Nassuhada Ngasri.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] #ABPBH35: Bell Ngasri Menangis Titip Ucapan Buat Ibu – ‘Mama Jangan Sedih-Sedih’

Adik istimewa

Anne Ngasri

Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 39, dia percaya setiap insan ‘istimewa’ yang dilahirkan di dunia seperti adiknya itu mempunyai tempat di syurga kelak.

Katanya lagi, tiada lain yang diinginkan selain mendoakan kesejahteraan buat Nassuhada.

Saya sebenarnya amat bersyukur Allah berikan saya seorang adik (Nassuhada Ngasri) yang tempatnya insya-Allah di syurga.

Saya amat menghargai kerana Allah izinkan kami sekeluarga sekurang-kurang ada adik yang tempatnya nanti masuk syurga. Tiada apa yang saya inginkan, cuma mahukan dia sihat.

Anne berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual bersama Majalah Keluarga sebelum potongan sesi tersebut dimuat naik semula di TikTok.

Dalam temu bual berkenaan, adik kepada pelawak Bell Ngasri itu turut dilihat gagal menahan air mata.

Sementara itu, Anne mendedahkan dia akui berat hati untuk berpisah dengannya adiknya apabila membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga ketika usianya 21 tahun.

Adik saya lahir ketika umur saya 10 tahun. Saya antara yang menjaga dia sebab mak saya ketika sudah berusia juga. Tambahan lagi, saya memang suka bila dapat adik.

Saya bersama dengan dia daripada dia kecil sehinggakan ketika saya mahu berkahwin rasa agak susah nak berpisah dengannya. Sebab kami berdua sangat rapat.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×