berita

[VIDEO] #ABPBH35: Bell Ngasri Menangis Titip Ucapan Buat Ibu – ‘Mama Jangan Sedih-Sedih’

July 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri tidak mampu menahan sebak apabila bercerita tentang ibunya yang bersedih sejak lima hari lalu berikutan pencalonannya dalam Top 5 kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35)

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bell Ngasri Sebak Persatuan Ibu Mengandung Buat Kejutan -‘Saya Tiada Fans Club, Akan Abadikan Sebagai Kenangan’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Aku Ni Melawak Daripada Kau Kecil Lagi Ajak, Satu Haram Anugerah & Piala Pun Tak Pernah Dapat’

Ucapan buat ibu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok radio Kool 101, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah berprestij itu.

Mama jangan sedih-sedih..saya tahu dia terlalu fikirkan anak-anak dia.

Relaks sahaja mama, jangan difikirkan sangat ini semua perkara kecil sahaja. Bintang popular ke bintang tak popular ke..anugerah ke tak perlu fikir-fikir.

Dalam pada itu, aktor berusia 42 tahun ini sama sekali tidak pernah menyangka sepanjang penglibatannya dalam dunia seni dia akan berjaya membolos Top 5 bagi kategori tersebut.

Ini adalah satu tahap yang saya sendiri tak pernah terfikir. Sebelum ini saya tak jadi macam ini pun saya tetap okay, Alhamdulillah.

Saya masih boleh hidup, janganlah mama sedih. Termasuk juga adik-beradik saya lebih-lebih lagi yang seangkatan dengan saya..untuk Darling, Anne.

Penyampai segmen Pagi On Point, Haiza dilihat turut mengalirkan air mata apabila Bell mendedahkan bahawa hasil lakonan dia dan adik-beradiknya pernah dijadikan sebagai punca pendapatan keluarga.

Pernah sampai satu tahap kami berlakon untuk menyara hidup. Alhamdulillah saya dan adik-beradik saya sudah berjaya.

Kami tak pernah meminta lebih dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana membawa saya ke Top 5.

Sekadar info, ini merupakan pencalonan pertama Bell di dalam ABPBH setelah lebih 30 tahun berada di dalam industri hiburan. Antara calon lain yang bakal berentap adalah Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.

Undian kini masih dibuka buat peminat untuk mengundi selebriti kegemaran melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

@kool101my

Sebakkk! ??? Ucapan Bell Ngasri untuk ibunya, sebab dia cakap ibu dia dah lima hari bersedih dia tercalon Top 5 Kategori Artis Komedi Popular ABPBH 35. Catch Up Pagi On Point Close Up bersama Bell Ngasri di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #BellNgasri #ABPBH35 #YakYakYeah #Barkoba

? original sound – Kool 101 – Kool 101

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×