berita

‘Syukur Siasatan Berjalan Lancar, Usaha Keras Berbaloi’ – Puteri Sarah

August 30th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada minggu lalu.

Siasatan sedang dijalankan

Menurut Sarah, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di JAWI serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada penghujung Jun lalu.

Namun, aktres berumur 37 tahun ini tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengganggu siasatan.

Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah pun tampil beri keterangan dan sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.

Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.

Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.

Sarah berkata demikian ketika sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di Ascott Kuala Lumpur, pada Selasa.

Arahan injuksi dikeluarkan

Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia berasa lega melihat perkembangan kes aduannya itu yang berjalan dengan baik.

Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi alhamdulillah, ada progres.

Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan.

Dalam pada itu, Sarah menyatakan kini dia dan keluarga tidak lagi diganggu oleh pihak ketiga selepas arahan injuksi dikeluarkan.

Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.

Sekarang saya akui hidup saya lebih aman.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

SKIP THIS AD ×