Penyanyi, Syura Badron tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tong gas meletup di tempat penginapan mereka di Perlis sehingga menyebabkan suaminya, Muhammad Farizat mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syura Kongsi Keadaan Suami Di Hospital, Wajah & Tangan Dibalut – ‘Percayalah Akan Ada Pelangi Untuk Kita Nanti’
Nafi guna ‘portable gas’
@syurabadron86Tolong jangan salah info lagi.. saya rasa bertanggungjawab untuk clear kan semua, supaya korang dapat info yg betul.semoga bermanfaat dan jaga keselematan ye semua .. ??? Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, pemilik nama Zuraidah Badron menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya menggunakan dapur serbaguna.
Saya nak ‘clearkan’ beberapa perkara di sini sebab saya nampak ramai sangat orang yang salah faham.
Yang pertama adalah penggunaan tong gas, saya menggunakan tong gas biasa saja dan bukanlah ‘induction cooker’ atau ‘portable gas’ yang selalu dibawa orang ke mana-mana.
Pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ itu juga menafikan dakwaan mengatakan bahawa letupan berlaku disebabkan tindakan suaminya yang cuba mengawal api.
Yang kedua ada juga pihak yang cakap saya masak bubur dengan api yang perlahan sehingga api itu terpadam dan suami saya datang untuk hidupkan semula api.
Juga tidak sebab sebenarnya saya panaskan bubur anak dengan menggunakan api yang perlahan dan suami saya pula pergi ke dapur untuk ‘adjust’ dan besarkan sedikit api.
Tak ada pun suami saya buka semula api sebab nampak api terpadam ke apa.
Tak nak ‘owner’ homestay dapat masalah
Bercerita lanjut, Syura merasakan punca terjadinya letupan itu adalah disebabkan kedudukan tong gas yang berada di dalam kabinet dapur yang bertutup.
Kalau nak cakap fasal punca, saya memang tak tahu apa punca sebab memang dapur itu meletup secara tiba-tiba.
Kedudukan tong gas pula adalah di dalam kabinet yang tertutup dan tiada sebarang bau ke apa dan berkemungkinan tong gas bocor adalah sangat tinggi.
Kemungkinan besar adalah sebab gas bocor dan berkumpul dalam kabinet sehingga menyebabkan ia meletup.
Di akhir hantaran, ibu kepada dua orang anak ini memaklumkan dia tidak membuat sebarang laporan berhubung kejadian kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menyusahkan tuan rumah kepada inap desa tersebut.
Selepas kejadian itu, saya dan suami langsung tak ada buat laporan polis dan bomba untuk mereka siasat apakah punca sebenar-benarnya.
Kami tak buat ‘report’ sebab kami fikirkan ‘owner’ homestay tersebut sebab kalau kami buat report sudah pastinya tuan rumah akan dapat masalah.
Saya pun taknak panjangkan kes dan taknaklah sampai tuan rumah susah.
Jadinya, saya ambil keputusan untuk telefon tuan rumah sahaja selepas kejadian itu berlaku dan tiada juga apa-apa tindakan yang dibuat kepada owner homestay.
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat minggu lalu.
Sumber: TikTok