berita

‘Syurga Dunia’ Di Lombok Yang Mungkin Anda Belum Tahu. Check It Out!

January 25th, 2017 | by Shafika
Travelogue

Dp lombok

Lombok merupakan antara destinasi pilihan pelancong kerana keindahan alamnya bak ‘syurga dunia’. Kalau cerita mengenai Lombok ni mesti ada antara korang yang membayangi kes culikan anak gadis oleh masyarakat mereka. Betul tak? Sebenarnya korang salah sebab nya orang Lombok sangat friendly.

Mungkin ramai yang dah pernah jejakkan kaki ke Lombok tapi belum pernah sampai ke sini. Apa kata next trip try ke sini pulak. Memang cantik gila!

Tanjung Ringgit

Tanjung-Ringgit-Lombok-Timur

Tanjung ringgit merupakan jurang yang boleh dikatakan cantik. Berada di sini seolah olah anda berada luar negara. Kalau honeymoon rasanya lagi boleh ‘feel’. Hehe

tg

Agak ‘adventure’ sikit mahu ke sini. Perjalanan dari Kota Mataram mengambil masa dalam 3 jam dan untuk ke sini tidak boleh menaiki kereta ya. Jangan risau ramai brader brader moto menanti untuk bawa korang ke sini. Cuma keluarkan ongkosnya saja dong.

Pantai Pink

pantai-pink-lombok-1 (1)

Korang mesti ingat pasir dia pink kan? Sebenarnya terjadinya warna pink di pasir kerana pecahan batu karang. Jadi kalau banyak batu karang pecah, maka makin pink la pantai tersebut. Gitu..

pinkkk

Di sekitar pantai ada banyak warung-warung kecil yang menjual makanan jadinya pantai ini sesuai untuk dijadikan tempat berkelah. Boleh mandi manda dan cuba mendaki bukit yang tidak terlalu tinggi untuk melihat keseluruhan keindahan pantai.

Pulau Kenawa

SONY DSC

Kalau berkunjung ke sini jangan lupa sekaligus ke Pulau Kenawa ini. Rasanya tempat ini bukan lagi baru buat ‘kaki travel’ memandangkan ramai yang sudah kesana. Untuk ke sana anda boleh sewa saja pak supir. Jarak Kota Mataram ke Pelabuhan Kayangan (Lombok) mengambil masa selama 5 jam. Kalau nak jimat boleh naik engkel(van) bayaran cuma 25k dan bonus kekejangan otot.

ha

Sampai disana boleh naik feri untuk ke Pelabuhan Pototano (Sumbawa). Bayaran cuma sekitar 15k dan mengambil masa sejam ke dua jam. Bergantung kepada keadaan laut dan paling penting ia dibuka 24 jam.
frh

Perjalanan tidak terhenti di sana ya. Dari pelabuhan anda perlu ‘deal’ dengan ‘boatman’ untuk hantar ke Pulau Kenawa. Jangan risau 15 minit je naik bot. Aktiviti di sana pacak je khemah dan menghayati keindahan malam anda berbumbungkan bintang. Serius cantik! Jangan lupa bawa ubat nyamuk jika tidak mahu malam anda menjadi tragedis. Hehe

Pulau Pasir

gilipasiee

Antara gili paling ‘rare’ buat kami memandangkan gili ini cuma akan nampak bila air mula surut. Waktu yang sesuai untuk ke sini adalah pada waktu pagi. Biasanya jam 8 gili ini sudah tidak kelihatan, jadi jangan lupa rancang waktu anda dengan baik.

gili pasir

Untuk ke sini antara Pulau Kenawa memang tak jauh. Macam biasa deal dengan ‘boatman’ anda untuk bawa ke sini. Bolehlah bergambar sakan di pagi hari dengan ditemani matahari terik. Huhu

Pulau Paserang

hahah

Pulau Paserang adalah satu pulau yang bertanah landai dengan sebuah bukit di bahagian utara. Bukit itu setinggi lebih kurang 10 meter dengan pantai pasir putih dan rerumput yang menghampar hampir seluas tiga hektar. Memang cantik sangat.

pulau-paserang

Di sana memang terdapat chalet tapi masa kami datang belum dibuka lagi. Tapi kalau dah mula dibuka, comfirm ini antara tempat patut anda pergi!

kenawaa1

Sebenarnya kalau nak disenaraikan lagi memang banyak, cuma mungkin ini antara favourite kami. Highly Recommend!

Antara fakta kami nak cerita selitkan buat pengetahuna korang adalah kisah penculikan anak gadis oleh lelaki Lombok. Kisah itu sebenarnya betul tetapi bukanlah menculik haram. Itu merupakan antara adat suku kaum Sasak Sade yang masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka. So jangan takut untuk kesana okay!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×