Nasib tidak menyebelahi buat wanita ini apabila terpaksa menunda majlis akad nikahnya di saat akhir. Dia yang sepatutnya bernikah pada 16 Ogos, terpaksa melupakan hasrat itu seketika kerana sejam sebelum majlis tersebut, pihak hospital memberitahu bahawa keadaan ayahnya sangat kritikal.
Menerusi Twitter Nisa, dia berkongsi kisah mengenai dugaan yang dihadapi olehnya. Menurutnya, majlis tersebut ditukarkan kepada majlis makan-makan sahaja pada hari keesokannya.
Ayah kritikal di hospital
Menurut Nisa, majlis akad nikahnya terpaksa ditangguhkan kerana ayahnya sedang kritikal di hospital. Namun, jemputan perkahwinan pada hari keesokannya dijadikan majlis makan-makan sahaja. Tambahnya, perasaanya menjadi sedih apabila tetamu yang hadir datang dan peluk dirinya sambil berpesan supaya menjadi kuat dan percaya bahawa semua yang terjadi pasti mempunyai hikmah.
Strong women
Bertukar menjadi majlis makan-makan
Ayah hembus nafas saat kau bergelar isteri
Menerusi Twitter Laila Syaf, dia berkongsi kisah ketabahan rakannya itu. Menurutnya Nisa seorang yang sangat kuat dan tabah walaupun ditimpa ujian. Tambahnya lagi, tidak semua orang mampu menjadi insan yang setabah rakannya itu.
Sumber: Nisa & Laila Syaf