Bagi meringankan beban keluarga, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal untuk kegunaan bayaran kos rawatan aktres itu yang masih dirawat di hospital sejak lebih seminggu lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Buah Pinggang Nad Zainal Bermasalah Akibat Ubat Kurus Tidak Benar’ – Shahrulezad
Ringan beban keluarga
Menurut hantaran aktor Ungku Ismail di Instagram (IG), tabung berkenaan bertujuan menampung kos rawatan Nad selain membantu meringankan beban keluarganya.
Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.
Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan medikalnya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.
Bagi semua yang prihatin, mari kita sama sama berganding bahu untuk bantu bersama.
Jangan putus berdoa
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut memohon agar orang ramai tidak putus berdoa untuk pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin kembali sihat seperti sediakala.
Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8604978484 atas nama Pertubuhan Kebajikan As Siddiq. Pindahan wang ini perlu disertakan dengan rujukan Nad Zainal.
Untuk pertanyaan lanjut hubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian 012-3458623.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU sejak Isnin lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.
Nad kemudian disahkan mengalami komplikasi paru-paru berdarah dan berada dalam keadaan kritikal sehinggakan terpaksa melakukan prosedur intubasi disebabkan berdepan masalah pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sumber: Instagram @ungkuismailaziz