berita

Taeyang Big Bang Dah Jadi Ayah, Timang Anak Lelaki Pertama

December 6th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Umum tahu, Taeyang Big Bang sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun bersama isteri tercintanya iaitu Min Hyo Rin, 35. Walau bagaimanapun, baru-baru ini isterinya dikhabarkan telah selamat melahirkan anak lelaki pertama mereka. Tahniah!

Artikel berkaitan: [FOTO] Sekitar Majlis Perkahwinan Taeyang & Min Hyo Rin Bertema Forest Wedding.. Na Neo Joahae!

Anak sulung lelaki

Menurut agensinya iaitu YG Entertainment hari ini, Taeyang dan juga Min Hyo Rin mengalu-alukan kedatangan anak pertama mereka ke dalam keluarga. Kedua-dua ibu dan anak itu dipercayai berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.

Isteri Taeyang, Min Hyo Rin baharu melahirkan bayi lelaki yang berada dalam keadaan sihat

Pada 27 September yang lalu, Min Hyo Rin secara rasminya telah mengesahkan kehamilannya. Pasangan tersebut kelihatan begitu teruja untuk melangkah ke fasa yang baru dalam perkahwinan mereka.

Taeyang dan Min Hyo Rin dipercayai berjumpa buat kali pertama pada tahun 2014 di set penggambaran muzik video Taeyang ‘1AM’. Mereka kemudiannya memilih untuk berkahwin pada Februari 2018.

Sumber: AllKpop

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×