berita

Tahan Lasak, Kompak & Berkuasa, HONOR MagicBook 15 Pasti Buat Korang Tak Keruan!

May 13th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Memiliki komputer riba yang canggih dan lengkap dengan pelbagai kebolehupayaan merupakan sesuatu yang di idam-idamkan oleh semua orang.

HONOR kini tampil memenuhi impian korang semua melalui HONOR MagicBook 15 yang didatangkan dengan spesifikasi tinggi dan mesra pengguna. Lagipun harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Banyak hadiah percuma HONOR bagi bila korang beli HONOR MagicBook 15!

Sempena pelancaran komputer riba HONOR MagicBook 15 di seluruh negara, korang yang buat pembelian hari ini akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai RM300 merangkumi sebuah beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Selain itu, pada hari ini juga gelang pintar HONOR Band 6 turut dilancarkan. Bagi korang yang berminat nak lihat sendiri dan cuba komputer riba dan gelang pintar ini, korang boleh mengunjungi HONOR Experience Stores di seluruh negara bermula hari ini.

Kerja jadi lebih mudah dengan HONOR MagicBook 15

Berbeza dengan model komputer riba sebelum ini, HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6. So, lepas ni takde dah istilah komputer riba lack dan slow bila korang nak akses dokumen atau file kerja. Upacara persidangan secara dalam talian melalui video atau audio juga jadi lebih smooth dan lancar kerana dah takde masalah buffering.

Skrin luas, storage besar!  Selesa giler bila guna…

Memiliki skrin yang luas dengan saiz 15.6 inci dan storage yang besar, 16GB RAM DDR4 & storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD, komputer riba HONOR MagicBook 15 cukup sesuai digunakan  untuk mengerjakan tugasan universiti dan pejabat. Korang tak perlu risau jika perlu meluangkan masa yang panjang dihadapan skrin sebab komputer riba ni mesra untuk penglihatan mata.

Hal ini demikian kerana, skrin HONOR MagicBook 15 memiliki resolusi 1920X1080. Skrin ini diperakui oleh persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland kerana skrin ini terbukti memiliki ciri-ciri yang mampu menjaga kesihatan mata daripada cahaya biru.

Hadir dengan gamut warna sRGB 100%, HONOR MagicBook 15 dibina menggunakan kerangka aloi aluminium. Telah melalui pelbagai ujian makmal, model komputer riba ini tahan lasak dan tidak mudah tercalar apabila terhentak pada permukaan keras.

Lengkap dengan kad grafik, Intel Iris Xe Graphics, komputer riba ini sangat kompak kerana ianya cukup nipis, hanya 16.9mm dengan berat 1.56kg. Mudahla korang nak bawa komputer riba ini kemana-mana saja. Yang penting bateri tahan lama dan kadar pengecasan juga pantas iaitu mencapai 46% selepas pengecasan selama 30 minit. Memang Wow habis la!

Gelang pintar HONOR Band 6 tawar kelainan berbanding model sebelum ini!

Bagi anda peminat gelang pintar, HONOR memperkenalkan model baru gelang pintar HONOR Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368X194.

Saiz skrinnya 148% lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan juga jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

HONOR Band 6 amat disyorkan buat korang yang mementingkan kesihatan dan kecergasaan badan. Memiliki sensor 6-paksi dan fungsi 10 mod senaman, mudah la korang nak bersenam.

Berkebolehupayaan memantau degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2), gelang pintar ini sesuai digunakan dalam situasi Covid-19 sekarang. Antara ciri tambahan lain ialah kemampuan mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

Harga mampu milik, tak rugi beli!

Untuk pengetahuan semua, harga yang ditawarkan untuk HONOR MagicBook 15 ialah RM3699 manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh kedua-dua barangan ini boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Berminat nak dapatkan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6? Korang boleh singgah ke HONOR Experience Stores di seluruh negara atau buat pembelian secara dalam talian di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store hari ini.

SKIP THIS AD ×