Di Instagram, penyanyi Siti Sairah meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana anaknya, Ummi Umairah berjaya mendapat tajaan daripada World Championships Of Performing Arts (WCOPA) untuk ‘Road to Hollywood’.
Artikel Berkaitan: Netizen Kasihan Anak Saudara Siti Nurhaliza Terlalu ‘Dipaksa’ Jadi Penyanyi? Ibu Tampil Pertahan – ‘Umai Buat Atas Minat Sendiri’
Tahniah!
Menurut Sairah, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya itu. Tambahnya lagi, dia tidak sabar untuk melihat Umai beraksi di pentas Hollywood pula.
Alhamdulillah dan tahniah buat anak ibu tersayang. Berusahalah selagi mahu wahai anak, walau berbagai-bagai ujian dan cabaran melanda, perjalanan ini harus diteruskan.
Doa ibu sentiasa mengiringi kakak sampai hujung nyawa ibu. Terima kasih semua yang sokong Umai dari kecil sehingga kini, doa kalian juga membawa Umai berjaya dan terus berjaya.
Menerusi posting di Instagram Umai pula, dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantunya.
Umai nak berterima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk Umai dalam pertandingan ini. Dengan semangat mereka membuatkan Umai ingin terus berjaya. Terima kasih Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan juga Cikgu Ros dan Cikgu Shafi.
Terdahulu, Umai kelihatan gigih melakukan persiapan untuk pertandingan peringkat akhir tersebut. Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara ini turut mengalirkan air mata ketika menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Shafi.
Sumber: Umai