berita

Tahniah! Kedua-dua Isteri Ashraf Muslim Bakal Bersalin Tahun Ini

August 7th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-08-07 at 10.47.05 AM

Alhamdulillah. Akhirnya isteri pertama kepada Ashraf Muslim, Noor Dayana disahkan sedang hamil anak sulung mereka. Kata Ashraf, kandungan isterinya itu kini sudah masuk 4 bulan.

Malah, lebih mengujakan apabila isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah juga kini sedang hamil anak kedua mereka yang sudahpun masuk 8 bulan. Wah, dapat 2 baby baru lah tahun ni!

Screen Shot 2015-08-07 at 10.53.01 AM

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini.

Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil.

Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka.”

Ashraf juga menjelaskan bahawa dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama. Tahniah kami ucapkan!

Sumber : Portal Murai

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×