Pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Tak Tuntut Nafkah Idah, Mutaah & Harta Sepencarian Daripada Aliff Aziz – ‘Saya Tak Nak Panjangkan Kes Lagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya Pada Bella Astillah – ‘Dia Berhak Sebab Ibu Kandung’
Berpisah jua
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah meluahkan isi hatinya tentang rumah tangganya yang akhirnya menemui titik noktah meskipun pelbagai usaha telah dilakukannya selama ini.
Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.
Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga mengaku sudah penat dan tidak mampu untuk memperjuangkan hubungan bersama suami. Tambah Bella, dia kini mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak.
Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.
Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.
Dalam pada itu, Bella meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk keluarga, sahabat, rakan media dan pengikutnya yang sentiasa menyokong serta mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah,
lukanya pun pasti terlalu dalam.Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: IG Bella Astillah