berita

‘Tahniah Kerana Berani ‘Post’ Perkara Benar’ – Netizen Puji Jep Sepahtu Kongsi Hukum Sambut Hari Ibu

May 16th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Hari Ibu merupakan hari istimewa yang ditumpukan kepada seluruh para ibu di dunia atas segala jasa yang telah dilakukan.

Namun begitu, pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu tampil membuat teguran kepada umum.

Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kongsi Cara Minta Izin Kahwin, Terus ‘Gentle’ Jumpa Ayah Sari Yanti – ‘Biar Saya Jaga Dia Lah’

Artikel Berkaitan: Pakai Jam Tangan Jenama Rolex Harga RM89,000, Netizen Puji Jep Sepahtu Tak Suka ‘Show Off’ Kekayaan

Artikel Berkaitan: Seronok Main Pickupline Dengan Erra Fazira, Jep Sepahtu ‘Menangis’ Sari Yanti Suap Bubur Cili

Hukum sambut Hari Ibu

Menerusi video di laman Instagram (IG), Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin memuat naik satu perkongsian daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum orang Islam yang menyambut Hari Ibu.

Dalam video tersebut, UAI menyatakan bahawa haram dan berdosa besar jika seseorang individu yang beragama Islam menyambut Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei itu.

Tindakan Jep tersebut meraih perhatian netizen yang disertakan dengan kapsyen yang ringkas.

Semoga bermanfaat.

Tahniah kerana berani

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Jep dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk menegur sesama sendiri. Selain itu, terdapat juga netizen yang berterima kasih atas perkongsian yang dikongsinya.

Sumber: Instagram @jepsepahtu

SKIP THIS AD ×