Sejak akhir-akhir ini, nama pelawak Jep Sepahtu menjadi bualan ramai selepas adegan disuap pelakon Erra Fazira ketika persembahan jelajah Sepahtu Reunion Live Tour 2022.
Artikel Berkaitan : Dipuji Pandai Jaga Batas Pergaulan, Jep Sepahtu Ibarat Satu Dalam Sejuta – ‘Bukan Takut Tapi Hormat Perasaan Bini’
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Dapat Jam Mewah Sempena ‘Anniversary’, Netizen Semak Harga Anggar Bernilai Ratusan Ribu? – ‘Rezeki Dapat Suami Baik’
Artikel Berkaitan: Seronok Main Pickupline Dengan Erra Fazira, Jep Sepahtu ‘Menangis’ Sari Yanti Suap Bubur Cili
Jam Rolex
Terbaharu, Jep sekali lagi mencuri perhatian selepas tular koleksi jam tangan milik selebriti itu.
Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram @beastlab_, penyampai radio berumur 37 tahun itu dilihat menggayakan jam tangan daripada jenama Rolex.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, jam tangan mewah itu dianggarkan berharga RM89,000.
Padan dengan gaji
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan sikap rendah diri pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin yang tidak pernah menayang kemewahan kepada umum.
Selain itu, ada juga segelintir yang ‘memetik’ kereta Bently yang dimiliki bapa kepada anak ketiga dan menurut netizen harganya bernilai lebih RM500,000.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: Instagram @beastlab_