Pelakon terkenal, Lee Seung Gi dan Lee Da In, yang baru berkahwin pada April lalu, telah membuat satu pengumuman bahawa mereka akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Ini Wajah Idol Kpop Kesayangan Korang Dahulu VS Sekarang..Rupanya Memang Cantik Sejak Lahir!
Bersalin pada Februari
Menerusi laporan The Straits Times, berita mengenai kehamilan Lee Da In ini disahkan oleh agensi pelakon yang berusia 36 tahun itu.
Kemudian, ia disahkan pula oleh agensi isterinya, 9ato Entertainment, dengan menyatakan bahawa dia dijangka bersalin pada Februari dan akan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan kehamilan.
Hello. Ini ialah 9ato Entertainment.
Kami sentiasa berterima kasih atas kasih sayang yang ditunjukkan kepada pelakon Lee Da In. Kami ingin berkongsi berita gembira yang datang daripada pelakon Lee Da In dan keluarganya.
Syukur, pelakon Lee Da In sedang bersiap sedia untuk menimang cahaya mata pada Februari tahun depan. Pelakon itu kini sedang menumpukan perhatian pada kesihatan dan kesejahteraannya.
Sementara itu, kedua-dua agensi meminta agar peminat sentiasa menyokong dan menyayangi mereka seperti sedia kala.
Sekadar info, pasangan itu pertama kali mendedahkan hubungan mereka pada Mei 2021 dan mengikat tali perkahwinan pada 7 April. Namun, terdapat khabar angin tentang kehamilan sejurus selepas perkahwinan, tetapi agensinya menafikannya.
Sumber: Soompi, The Straits Times