berita

Tahu Status Sebenar Kekasih, Hanez Mohon Maaf

February 28th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-28 at 11.21.34 AM

Nampaknya, isu si pelakon cantik yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama R ini bukan sahaja menjadi perbualan hangat media, malah di kalangan pembaca OHBULAN! juga.

Artikel Berkaitan:

Mana taknya, setiap kali artikel mengenai kontroversi Hanez dan jejaka yang didakwa masih lagi berstatus suami orang itu dikeluarkan, maka ramailah yang memberikan pendapat masing-masing, tidak kiralah sama ada ianya berbentuk positif mahupun negatif.

Mungkin dek kerana agak tertekan dengan situasi tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu akhirnya membuat permohonan maaf menerusi temubualnya bersama Harian Metro hari ini.

hanez suraya-15

Foto yang didakwa merupakan gambar R bersama keluarga

“Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarnag.”

Hanez turut menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah semata-mata untuk menjaga aib semua pihak dan dia tidak mempunyai sebarang hak untuk masuk campur hal peribadi R.

“Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu.”

hanez suraya-12Foto mesra Haznez bersama R

Bagi OHBULAN!, rasanya lebih elok jika Hanez berterus-terang mengenasi situasi sebenar daripada awal lagi supaya tidak timbul fitnah yang kini dilihat telah mencemarkan nama baiknya.

Bagaimanapun, mari sama-sama kita tunggu penjelasan selanjutnya di sidang media yang bakal diadakan oleh Hanez minggu hadapan dan khabarnya kekasihnya itu juga akan menyertai majlis tersebut.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×