berita

Tahu Tak Malaysia Negara Pengguna Ketiga Tertinggi Internet. Korang Buat Apa Je Ni?

June 24th, 2020 | by Nurul
Sponsored Post

Korang tahu tak purata rakyat Malaysia menghabiskan masa di media sosial adalah sebanyak 8 jam sehari? Boleh tahan banyak tu! Bukan itu je, Malaysia juga muncul sebagai negara ketiga yang mencatatkan peratusan tertinggi untuk segmen pengguna internet dengan nilai sebanyak 67 peratus selepas Singapura dan Brunei. Wow!

Bila banyak masa yang dihabiskan untuk melayari internet, mestilah banyak jugak yang dihabiskan untuk melanggan data pada setiap bulan kan? Hasil kajian kami, ini merupakan purata data yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk setiap aplikasi!

Instagram

Giphy

Tak kira tua atau muda, Instagram menjadi aplikasi yang paling digemari dan kerap digunakan oleh rakyat Malaysia. Rata-rata pengguna menghabiskan masa sebanyak 3 hingga 5 jam sehari sama ada untuk scroll feed Instagram mereka, menonton video dan memuat naik gambar.

Kira-kira sebanyak 200KB yang digunakan untuk setiap gambar yang dipaparkan, tapi mampu memakan data sehingga 2MB untuk setiap 40 gambar yang korang lihat di feed Instagram. Bagi Instagram Stories pula, setiap 10 saat video yang dimainkan pada resolusi tertinggi, boleh mencecah penggunaan data sehingga 2.5MB tau!

Itu baru 10 saat, bayangkan kalau korang view Instagram Stories selama beberapa jam. Mesti banyak data yang digunakan!

Facebook

Giphy

Selepas Instagram, Facebook juga menjadi aplikasi yang paling kerap dibuka setiap hari. Kalau korang hanya melayari Facebook untuk browse timeline dan lihat foto, korang hanya menggunakan kira-kira 1.5MB data per minit. Tapi kalau korang jenis yang suka layan video-video menarik di Facebook, ia mampu menelan sehingga 2.6MB data per minit, bergantung kepada kualiti video yang korang tonton.

Bagi pengguna sederhana yang meghabiskan masa sehingga 45 minit sehari di Facebook, sebanyak 2GB sebulan yang akan korang habiskan hanya di Facebook sahaja. Banyak tu! Belum lagi termasuk dengan aplikasi lain yang ada di smartphone korang.

Netflix

Giphy

Sejak dah ada Netflix, kebanyakan orang lebih gemar untuk strim video, drama dan filem kegemaran mereka di sini. Tapi bagi korang yang tiada akses Wi-Fi di rumah dan hanya bergantung kepada mobile data, memang leceh lah sebab bukan sikit ya data yang digunakan!

Bagi satu episod siri televisyen yang korang tonton, ia boleh memakan data kira-kira 150MB untuk setiap 40 minit. Itu baru satu episode, kalau korang layan lebih daripada satu episode setiap hari, korang boleh gunakan data sehingga 2GB sehari.

Spotify / JOOX

Giphy

Spotify dan JOOX merupakan aplikasi penstriman muzik kegemaran ramai masa kini, memandangkan kedua-duanya menawarkan perkhidmatan penstriman muzik sama ada secara langganan atau percuma. Walaupun percuma, kedua-duanya tak mempunyai fungsi untuk dimainkan secara offline, jadi ia akan mengambil data yang tinggi apabila setiap kali korang menggunakannya.

Bagi sesebuah lagu berdurasi 4 minit, ia mampu memakan serata 2MB hingga 3MB data setiap hari. Banyak kan?

Google Chrome/Safari

Giphy

Boleh kata hampir setiap hari kita gunakan search engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Asal ada kemusykilan je, mesti nak search di Google atau Safari.

Untuk pengetahuan korang, search engine turut menjadi penyumbang utama kepada penggunaan data yang banyak, lebih-lebih lagi kalau melibatkan jumlah imej yang tinggi. Kira-kira 1MB hingga 4MB yang boleh dihabiskan untuk sesebuah laman web yang korang layari.

Permainan mobile mudah alih

Giphy

Baik PUBG, Mobile Legends, Clash Of Clans dan banyak lagi permainan video peranti mudah alih yang tengah trending sekarang ni, semuanya memerlukan data yang banyak dan laju tau. Kalau korang jenis gamers tegar, secara puratanya korang boleh menghabiskan sehingga 40MB hingga 300MB sejam.

Perlukan internet tanpa had dengan harga penjimatan? Nikmati 30 hari pas internet pantas dengan Digi Prepaid NEXT!

Platform dan aplikasi media sosial ni dah jadi macam BFF dengan kita semua. Dalam sehari tu wajib kalau buka media sosial beberapa kali. Apabila kerap menggunakan semua aplikasi ni, penggunaan data korang pun memang melonjaklah dan kelajuan internet pun berkurang dan terhad. Leceh bila asyik nak kena renew data internet je!

Haa..sebab itulah pek baharu Digi Prepaid NEXT mesti menjadi pilihan korang! Digi Prepaid NEXT  menawarkan 30 hari pas internet pantas bermula daripada RM15 dan hadir mengikut pilihan penggunaan yang berbeza bagi akses internet, media sosial dan panggilan!

Berbeza dengan pelan prabayar biasa, Digi Prepaid NEXT membolehkan korang memanjangkan tempoh sah pelan korang dengan hanya membeli plan ciri Kekal Aktif. Dengan pelan ini, ia akan memanjangkan tempoh sah talian dan internet korang!

Sebagai contoh, jika tempoh sah akaun korang tamat pada esok hari tetapi korang sudah melanggan Pelan Aktif Bulanan hari ini, tempoh sah akaun korang akan dilanjutkan selama 30 hari dan bukannya esok. Ini bermakna, korang tak perlu tambah nilai tambahan untuk memastikan talian korang tetap aktif. Mudah kan!

Inilah yang unik tentang Digi Prepaid NEXT ni, memang alternatif yang mudah untuk korang menikmati pengalaman internet pantas dengan Kekal Aktif, Kekal Berinternet!

Klik di sini untuk lebih info.

Ada lagi..Pek 2 dalam 1 ni juga menawarkan tawaran hebat buat pengguna setia Digi dengan faedah istimewa seperti bonus kesetiaan bermula daripada 500MB hingga 2GB dan faedah istimewa akan terus bertambah setiap kali korang memperbaharui pelan internet pantas dengan Digi.

Selain itu, korang juga boleh menikmati pelbagai ganjaran tambahan seperti tawaran internet yang boleh diperibadikan menerusi Box of Surprise, akses kepada lebih banyak ganjaran dan tawaran daripada semua jenama kegemaran korang di MyDigi Rewards, kredit permainan Republic GG dan banyak lagi! Wow!

Apa lagi tunggu, guys! Jom bertukar ke Digi hari ini dan nikmati satu-satunya Pek Permulaan Prabayar di pasaran dengan Pelan 30 hari Internet pantas, bermula daripada RM15 untuk pengalaman digital yang unggul!

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Digi Prepaid NEXT, layari laman web Digi.

SKIP THIS AD ×