Katakanlah pendapatan seisi rumah anda sekeluarga RM 4,000 dan sudah mula terfikir nak beli rumah…
Inilah masa paling tepat! Daripada dok menghabiskan duit tak tentu arah berbelanja sana-sini, lebih baiklah kumpul aset untuk masa depan kan?
Sekarang ni memang banyak program-program perumahan bertujuan membantu rakyat daripada pelbagai level income untuk membeli rumah, contoh paling terbaik adalah perumahan PR1MA.
Namun, mungkin ada yang minat nak mohon PR1MA, tapi masih lagi tak clear dengan informasi yang ada? Dont worry, be happy! Baca je artikel ni, Confirm lebih faham dan confident nak mohon PR1MA!
1. Kenapa perumahan PR1MA adalah yang the best?
Untuk pengetahuan anda, rata-rata harga perumahan PRIMA adalah 20% lebih rendah daripada harga pasaran tau. Memang berbaloi beli rumah PR1MA ni.
Then, perumahan PRIMA juga didirikan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan dan sedang membangun. Contohnya, admin minat sangat dengan projek perumahan PR1MA@Bukit Jalil, PR1MA@Brickfields dan PR1MA@Cyberjaya Lakefront tu. Memang cun sangat lokasinya!
2. Ini sangat PENTING! Jangan lupa check rekod kewangan sebelum mohon PR1MA!
Pastikan nama anda tidak tersenarai dalam CCRIS. Apa tu CCRIS? CCRIS adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Nah, klik sini untuk maklumat lanjut mengenai CCRIS. Antara penyebab utama ramai yang tak lepas loan adalah disebabkan bayaran pinjaman sedia ada yang tak cun. Ada tunggakan lah kiranya. Tak kiralah pinjaman kereta ke, pinjaman pelajaran ke, personal loan ke, semuanya ada dalam rekod.
Selain itu, anda juga haruslah buat pengiraan DSR. DSR ini adalah peratusan kiraan kelayakan pinjaman korang. Sifirnya ialah jumlah komitmen kewangan setiap bulan/ jumlah pendapatan kewangan sebulan. So, korang boleh jangka jumlah pinjaman maksima yang anda boleh buat dengan bank. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai DSR.
Kalau gaji RM 10,000 pun tapi pinjaman sedia ada pun dah banyak, macamana nak lepas loan kan? Tapi, kalau gaji seisi rumah RM 4,000 sebulan, tapi pinjaman sedia ada semua bayar cantik dan DSR pun masih OK, kenapa nak lepaskan peluang untuk miliki rumah PR1MA kan?
3. Rekod kewangan cun melecun? Ini cara-cara mohon PR1MA
Oh ya, ada 4 kelayakan asas untuk mohon PRIMA ni iaitu:
Lulus tak 4 kelayakan asas ni?
Then, anda mesti mendaftar dulu di website PR1MA sebelum boleh proceed ke bahagian permohonan. Pihak PR1MA akan hubungi anda menerusi email jika terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan. Jadi, kenalah hantar permohonan tersebut sebelum ianya ditutup.
Lepastu, proses cabutan undi akan dilakukan dan jika terpilih, anda akan dihubungi untuk memilih unit kediaman. Proses akhir tentulah untuk mencari bank untuk membiayai pinjaman perumahan kan? Terdapat 5 bank panel yang terlibat iaitu Maybank, MBSB, Bank Rakyat, BSN dan Bank Islam.
Ini adalah carta lengkap yang anda harus follow, kena aware okay!
Berminat dan nak tahu lagi banyak informasi mengenai PR1MA? Anda boleh lihat di website PR1MA terus atau download PR1MA mobile app. Mudahkan?
Jadi, tunggu apa lagi! Jom pakat-pakat kumpul aset masa depan!