berita

Tahun Baru, Buku Baru. Nah Idea Untuk Mulakan Satu Hari Satu Amal! 

December 20th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Lagi beberapa hari je lagi kita nak masuk tahun baru 2020. Alang-alang tu, admin nak tanya la sikit, dah fikir ke azam untuk tahun baru nanti? Tapi yang tahun lepas punya dah terlaksana ke? Haa..kebanyakan orang mesti berazam untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Betul tak?

Bunyi macam susah tapi sebenarnya korang boleh mulakan dengan amal-amal yang nampak kecil tetapi besar maknanya kepada orang lain. Jom kami kongsikan antara idea-idea yang korang boleh cuba lakukan!

Bayarlah tol sekali untuk kereta belakang..

Kredit: Majalah Labur

Kalau korang tiap-tiap hari pergi kerja dan lalu jalan yang bertol, apa kata pilih satu hari dan bersedekah dengan tolong bayarkan untuk orang belakang sekali. Haa..sambil nak pergi kerja pun korang boleh buat amal jariah tau.

Bagi kucing dan anjing makan..

Kredit: Mother Nature Network

Perasan tak kalau setiap kali kita makan kat kedai makan, mesti akan ada kucing yang datang mintak makanan. Daripada kita halau, bagilah secebis ikan ke ayam ke. At least, kenyanglah sikit kucing tu.

Lagi bagus, kalau kita bawak spare makanan kucing atau anjing dan beri mereka makan bila terjumpa. Nak bersedekah bukan hanya kepada manusia, kat binatang pun boleh!

Sekali sekala, belanja lah pak guard atau mak cik cleaner..

Kredit: Says.com

Pernah tak korang belanja pak guard atau cleaner dekat rumah atau office korang? Kalau tak pernah, apa kata korang buat sekali sekala. Bila beli makanan untuk lunch tu, korang belilah sekali untuk diorang. Mesti diorang happy dan rasa dihargai!

Celebrate birthday di rumah kebajikan. Why not?

Kredit: Mimi Azirah

Setiap kali birthday asyik celebrate dan buat party je kan? Apa kata tahun depan korang buat kelainan dengan memberi sumbangan ke rumah kebajikan dan sambut hari jadi korang dengan mereka. Korang bukan je dapat menggembirakan hati diorang, tetapi juga dapat belajar erti bersyukur dan menghargai orang sekeliling.

Sambil follow playlist artis kegemaran korang pun boleh menderma tau. Jom sertai U Mobile #HolidayGrooves!

Image from @myumobile/Instagram

Tahun ini, U Mobile melalui kempen #HolidayGrooves ingin berkongsi rezeki dan memberi lebih lagi kepada mereka yang memerlukan. Kalau korang nak tahu, U Mobile telah bekerjasama dengan tiga artis tempatan pilihan iaitu NYK, Lost Spaces serta Sophie Fredskild dan setiap daripada mereka akan membuat playlist mereka sendiri di Spotify.

Pilih playlist favourite korang, strim tanpa henti untuk menderma!

Pada 6 Januari 2020 ini, playlist yang paling disukai dan mendapat paling ramai followers akan menerima sumbangan dari U Mobile ke badan amal yang diwakili oleh artis tersebut. Haa..sambil dengar lagu pun korang boleh beramal tau!

Ini antara badan amal yang terpilih:

  • NYK – Malaysian Dogs Deserve Better
  • Lost Spaces – Ideas Autism Centre
  • Sofia Fredskild – Malaysian Nature Society

Macam mana nak cari playlist ni semua?

Senang je. Korang boleh cari playlist ni semua melalui kod unik Spotify yang akan dipaparkan di laman Instagram U Mobile dan juga pada pelekat tetingkap di kedai utama U Mobile (G Floor, Berjaya Times Square).

Nak lagi mudah, korang scan je gambar di bawah ni:

Image from U Mobile

Image from U Mobile

Image from U Mobile

Jadi, apa tunggu lagi. Jom sertai U Mobile #HolidayGrooves dan strim playlist kegemaran korang seberapa lama yang korang mahu sambil membantu mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, klik sini. 

SKIP THIS AD ×