berita

Tajuk Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Bahan Tawa, Doktor Dedah Sindrom ‘MRKH’ Ini Memang Dialami Wanita

January 20th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Belum lagi ditayangkan, drama Rahimah Tanpa Rahim sudah mula menjadi bualan hangat netizen. Drama Rahimah Tanpa Rahim merupakan sebuah drama terbaru terbitan TV3 yang bakal bersiaran bermula 22 Januari ini. Namun, rata-rata netizen mula jadikan tajuk drama sebagai bahan gurauan.

Walaupun bagaimanapun, menurut seorang doktor yang dikenali sebagai doktor Syahr Musafir tajuk ‘wanita tanpa rahim’ tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka memandangkan sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) ini wujud yang berlaku pada wanita yang mungkin ramai tak tahu.

Dijadikan bahan jenaka

Mungkin ramai yang tak tahu tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster (MRKH) kerana ianya jarang dibincangkan secara terbuka. Sindrom ini merupakan masalah wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Bagaimanapun, tajuk tersebut dijadikan bahan gurauan pengguna media sosial sehinggakan ada yang memberi komen-komen yang boleh mengguris perasaan seorang wanita.

Apa itu MRKH?

MRKH adalah ‘gangguan’ yang berlaku pada wanita dan terutamanya mempengaruhi sistem pembiakan. Keadaan ini menyebabkan vagina dan rahim tidak berkembang sepenuhnya atau absent (tiada), walaupun alat kelamin (faraj) luarnya normal.

Wanita yang menghidapi keadaan ini kebiasaannya tidak datang haid kerana ‘tiada rahim’. Selalunya, tanda pertama sindrom MRKH adalah bahawa haid tidak bermula pada usia 16 tahun (amenorea primer). Wanita dengan sindrom MRKH mempunyai corak kromosom wanita (46, XX) dan ovari yang berfungsi normal.

Menurut doktor ini lagi, wanita yang alami sindrom ini tidak dapat mengandung dan mungkin dapat melahirkan anak melalui bantuan pembiakan melalui rawatan perubatan moden. Tambahnya lagi,  selain MRKH, terdapat ‘gangguan’ genetik yang lain yang memberi ‘maksud’ seperti wanita tanpa rahim.

Contoh lain adalah sindrom Swyer (Swyer sindrome). Wanita yang menghidapi sindrom Swyer mempunyai alat kelamin luaran wanita yang normal. Wanita ini mempunyai kromosom X dan satu kromosom Y, iaitu kromosom yang biasanya dimiliki lelaki. Pelik tetapi benar, wanita mempunyai 46XY yang biasanya dimiliki lelaki.
Tambah beliau lagi, bayi yang lahir dengan sindrom Swyer biasanya dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan dan mempunyai identiti jantina wanita. Oleh kerana mereka tidak mempunyai ovari yang berfungsi, diagnosis awal membolehkan untuk memulakan terapi penggantian hormon semasa remaja untuk mendorong haid dan perkembangan ciri seks sekunder wanita seperti pembesaran payudara dan pertumbuhan rahim untuk membolehkan hamil dan sebagainya.

Hormati wanita

Akhir sekali, doktor ini menasihati orang ramai agar menghormati wanita kerana ini merupakan penyakit dan bukanlah satu kekurangan. Ini merupakan keunikan buat mereka dan diberikan ujian oleh Allah.

Jangan hina wanita-wanita sebegini. Mereka boleh jadi anak perempuan kamu, isteri kamu, cucu kamu, adik perempuan kamu. Jangan hina!

Jangan lupa tonton drama terbaru ini yang akan menggantikan drama Bidadari Salju. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mulai siar pada pada Jumaat ini jam 7 malam. Drama ini  menggandingkan pelakon Azlee Khairi dan Puteri Aishah sebagai terajui utama. Nantikan kisah mereka menerusi slot akasia mulai 22 Januari 2021 ini.

Sumber : Dr  Syahr Musafir

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×