berita

Tak Ada Duit Nak Sambut Birthday Bapa, Usaha Anak Buat ‘Belon’ Dari Plastik Bikin Ramai Tersentuh

April 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara, setiap kali apabila menjelangnya hari kelahiran pasti akan mengadakan sambutan secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran. Akan tetapi ianya bergantung kepada bajet seseorang itu.

Tetapi lain pula ceritanya apabila kanak-kanak dari Filipina ini telah menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai ‘belon’ bagi menyambut hari kelahiran bapa tercinta.

Nak buat kejutan hari jadi bapa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Melody Silang menceritakan tentang inisiatif jirannya yang menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai belon. Menurut individu ini, kanak-kanak itu mahu membuat kejutan sempena hari jadi bapanya tetapi dalam masa yang sama tidak mampu untuk membeli belon bagi menghiasi ruangan di rumah mereka.

Oleh itu, adik-beradik ini telah meniup beg plastik untuk dijadikan sebagai belon sebelum digantung sempena kejutan hari lahir bapa mereka.

Mereka merancang mahu memberi kejutan hari jadi kepada ayah bila dia pulang dari kerja.

Mereka telah menulis ‘Happy Birthday Papa’ pada ‘belon’ tersebut. Kanak-kanak ini juga memaklumkan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kek. Oleh itu, mereka telah membuat sendiri ‘kek telur’ untuk bapa tercinta.

Ada individu beri sumbangan

Melody mengakui usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak ini sangat menyentuh hati. Hal ini kerana, walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka tetap berusaha mahu menggembirakan insan tersayang. Di posting terbaru, Melody memaklumkan ada insan yang bermurah hati telah memberikan sumbangan seperti kek dan minuman kepada keluarga ini.

Di ruangan komen juga, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan dalam masa yang sama terharu melihat usaha kanak-kanak ini.

Sumber: Melody Sailang

SKIP THIS AD ×