berita

Tak Bagi Pinjam Duit, Kawan ‘Unfriend’ & Ungkit Makan Mewah. Dia Tak Tahu Kita Susah Payah…

December 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Bukan senang nak senang dan bukan susah untuk susah, begitulah pepatah yang digambarkan mengenai kehidupan manusia. Tiada orang yang senang tanpa usaha dan kecekalan hati demi berjaya. Namun masih ada yang berfikiran cetek seperti perkongsian kali ini.

Sanggup buang kawan hanya gara-gara tak dapat pinjam duit. Alasan mudah sebab nampak kawan senang dan sengaja tak mahu bantu. Orang macam ini pun ada kan?

Makan sedap boleh pulak

Kena unfriend harini pasal kawan nak pinjam duit…rm1000. Aku cakap takda duit, ada cukup cukup je untuk survive bulanan. Dia kata nampak aku makan ngan isteri kat madam kwan. Takkan takde duit…(masa sambut anniversary aritu..) Dia nampak yang sedap je, macam mana susahnya nak dapatkan yang sedap tu dia tak tahu.

Aku buat macam macam kerja semata mata nak sustain expenses and commitment supaya tak terjerumus ke lembah bad debts macam 10 tahun dulu. Buat bisnes sekarang dah tak macam dulu. Orang kurang sangat-sangat nak membeli. So kalau dah takleh harapkan bisnes, kita kena kerja la. Aku mahir jalan-jalan KL Selangor, so daftar banyak delivery apps.

Lelaki ini terkilan apabila kawannya yang sanggup buang kawan kerana tidak dapat meminjam duit RM1000. Apabila diberi alasan tiada duit, kawan ini mengungkit seolah-olah tidak percaya kerana melihat lelaki ini makan di salah sebuah restoran mewah.

Macam-macam kerja untuk kelangsungan hidup

Tawarkan diri kat restoran restoran untuk servis direct tanpa guna apps. Dengan waranti yang kalau hujan lebat pun aku akan tetap hantarkan. Hujung minggu pagi-pagi kalau free and sihat, ambik upah 3jam masukkan cili boh dalam plastik guna gayung kat pasar borong. Mata pedih tangan panas usah citer la. Kalau siap pack awal, kena tolak troli hantar barang ke kereta customers, dapatla rm60. Kekadang customers bg tips rm1-rm5 dapatlah lebih.

Belum kira kos maintenance, repair motor rosak lagi. Maklumla heavy duty and long distance bawa hari-hari kat laluan jalan rosak takde kualiti turapan kat Malaysia ni. Tu belum kira maintenance BM…insurance mati lagi 3 bulan nak kena kumpul duit, sape suh gatal beli? aku beli bulan Feb, mana aku nak tau bulan March satu dunia akan closed border kena covid dan affect economy. But in the end, i’ll fight my own battles, suffer n bleed from them, for the sake of my own family. Hope you do the same for yours, instead of blaming others if they can’t help you in this toughest times.

Menurut lelaki ini, dia membuat pelbagai kerja untuk meneruskan kehidupan di ibu kota demi menyara keluarganya. Pelbagai usaha dan kerja dilakukan dari pagi sehingga ke petang. Ada ketika perit jerih tidak pernah dikongsikan di media sosial, namun apa yang dilihat orang adalah hanya yang indah-indah belaka.

Sumber : Aizuddin Ismail

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×