berita

‘Tak Berdendam Cuma Sedih’ – Pengawal Keselamatan Anggap Peristiwa Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi

April 8th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral video seorang artis lelaki bertengkar dan menumbuk pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Sembilan. Berikutan itu, pengawal keselamatan berumur 70 tahun itu cedera di muka dan pinggang.

Menerusi Harian Metro, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Yahya Manaf tidak menyimpan sebarang dendam namun sedih.

Mintanya daftar terlebih dahulu

Menjelaskan perkara sebenar yang berlaku, Yahya memberitahu kereta Proton Perdana yang dipandu artis berkenaan mengekori rapat kereta penduduk dan melulu masuk ke kawasan perumahan tanpa izin.

Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar.

Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi.

Menurut Yahya Manaf, berikutan kejadian dia cedera akibat ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh pelawak terkenal tersebut.

Tak berdendam cuma sedih

Malah, dia turut menyifatkan tindakan pelawak berkenaan sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu.

Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya.

Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka.

Tambah Yahya lagi, pada awalnya dia tidak mengenali siapa lelaki berkenaan namun dimaklumkan dia adalah pelawak popular.

Selain dicederakan, Yahya memberitahu pelawak berkenaan ada mengugutnya sebelum beredar. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan tujuan memberi pengajaran.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×