Sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan mengatakan dirinya menghalang bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali untuk berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: ‘Lari La Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing’ – Fizi Ali
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berminat Nak Berurusan Soal Anak Dengan Orang Ketiga’ – Shakilla Khoriri
Alah dengan kucing?
Terbaharu, timbul pula dakwaan seorang individu mengatakan Shakilla pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menghalang Fizi berjumpa anaknya kerana isteri baharunya, Siti Zulaikha memelihara kucing.
Hari itu ada terbaca komen orang lain dengan IG, dia cakap sebab Ameena alah dengan kucing.
Dan isteri baru Fizi bela kucing, itu yang tak bagi jumpa kan, risau Ameena sakit.
Bagaimanapaun, ketika dihubungi OhBulan, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, menafikan dakwaan individu terbabit.
Tak, tidak betul (dakwaan alahan kucing). Tak pernah cakap pasal isu Ameena alah dengan kucing atau apa pun punca dengan apa yang terjadi sekarang.
Tambah pelakon Suri Hati itu, hanya dia dan bekas suami sahaja yang mengetahui punca sebenar polemik yang melanda.
Terdahulu, Shakilla memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hantaran yang dimuat naik Fizi yang disifatkan murahan.
Jumaat lalu, Fizi meluahkan kerinduan terhadap anak tunggal mereka, Ameena Sofia, 4, seolah-olah cuba memberitahu yang mereka sudah lama tidak berjumpa.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.