Gara-gara tidak dapat menjawab soalan telur atau ayam yang wujud dahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kadir Markus maut dibunuh rakannya sendiri.
Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Remote TV, Lelaki Bunuh Jiran, Sumbat Dalam Tong Sebelum Campak Ke Sungai
Ditikam 15 kali
Memetik laporan portal Kompas, suspek yang hanya dikenali sebagai DR bertanyakan soalan tersebut ketika mereka sedang minum minuman keras di sebuah gerai yang terletak di Kabupaten Buton, Sulawesi Tengah.
Pada awalnya, mereka minum bersama dan selepas itu, adanya perbincangan mengenai telur dan ayam, yang mana muncul dulu.
Mangsa yang tidak dapat menjawab soalan itu kemudiannya meminta izin untuk pulang ke rumah.
Suspek kemudiannya telah mengambil badik (sejenis parang) di rumahnya dan mengejar mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Selepas tiba di depan gereja, suspek menikam mangsa sebanyak 15 kali.
Sementara itu, Ketua Polis Tongkuno iaitu Inspektor Abdul Hasan mengesahkan kejadian itu selepas suspek menyerahkan diri ke balai polis.
Ketika kejadian, suspek dan mangsa sedang minum arak bersama beberapa saksi yang lain.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pemahaman mengenai topik telur atau ayam wujud dahulu yang membawa kepada jenayah bunuh.
Suspek kini berada di dalam tahanan kami bagi membantu siasatan.
Sumber: Kompas