Pelakon, Elfira Loy tampil memberi respon mengenai pandangan sesetengah pihak tentang kemampuannya mengurus pelbagai perkara termasuk hal anak-anak tanpa pembantu rumah.

Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Ramai Wanita Boleh Buat Sendiri Tanpa Pembantu’ – Elfira Loy Kongsi Realiti Hidup Seorang Ibu

Artikel Berkaitan: Elfira Loy Gusar Dengan Berita Jenayah Pelajar – ‘Di Tadika Sampai Berdarah Hidung Anak, Macam Mana Nanti Dekat Sekolah?’

Reaksi Elfira

Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, berkata para wanita terutamanya yang sudah bergelar ibu sepatutnya diiktiraf sama hebat.

Menurut pelakon drama Qalesya itu berkata walaupun setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza namun melakukan sesuatu di luar zon selesa tetap dianggap sebagai pencapaian.

Tak boleh ke kita equally hebat? Kan semua kemampuan berbeza-beza.

Contoh dia tidak pernah masak tapi bila kahwin dia cuba masak dan berjaya. Kan hebat juga tu keluar dari comfort zone?

Walaupun bagi orang lain masak saja pun.

Dalam pada itu, Elfira turut menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anaknya.

Sebelum ini, Elfira berkongsi dia mula menguruskan anak-anaknya sendiri setelah menyedari tiada yang mustahil bagi para ibu.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Threads