Penyanyi, Aril Pilus memaklumkan isterinya sedang hamil enam minggu dan terpaksa menjalani pembedahan buang rahim berikutan ketumbuhan fibroid.
Disahkan ada fibroid
Menerusi laporan Harian Metro, Aril dan isteri reda dengan ketentuan Allah SWT dan akur apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.
Anak dalam kandungan sihat, Alhamdulillah selepas lapan tahun, kami dikurniakan cahaya mata. Cuma, kali ini kami diuji apabila isteri disahkan mempunyai fibroid.
Menurut doktor, isteri perlu menjalani pembedahan berikutan dia mempunyai fibroid di luar dan dalam rahimnya. Sebelum ini kami tak tahu, rupanya sudah enam tahun dia mempunyai fibroid.
Kami seperti memandang remeh kerana masing-masing sibuk bekerja. Dalam tempoh Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) yang lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.
Selepas berjumpa doktor di Kota Bharu, Kelantan, baru kami tahu tapi fibroid itu tak boleh buang, kena mengandung dulu dan kemudiannya ia akan dibuang sekali dengan rahim isterinya saya ketika dia melahirkan anak.
Akur sekiranya kali ini terakhir
Tambah Aril, isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin akur sekiranya kelahiran anaknya kali ini adalah yang terakhir buat mereka.
Saya tak boleh nak kata apa, sebab sudah dikurniakan anak ini pun saya sangat bersyukur. Saya tak boleh lawan takdir dan juga nak tentukan qada qadar.
Bila ada pakar menasihatkan apa yang perlu dan tidak, kami ikut saja sebab kalau tak ikut risau ia akan memudaratkan. Jadi nasihat dari pakar kita terima dan kita akur apa yang sudah terjadi dan akan terjadi.
Saya pun tidak mahu menyentuh sensitiviti, bukan kita ego tapi tak mahu sentuh takut jadi kemurungan. Sebab kita pun sudah hadapi PKP selama dua tahun, jadi saya tak mahu tambahkan tertekan. Saya letak tepi tekanan itu dan bersyukur dengan apa yang ada.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, Puteri dilihat membuat kejutan buat Aril dan memberitahu bahawa dia sedang hamil.
Sumber: Harian Metro