Di Instagram, pelakon, Jue Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya selepas mengalami gejala demam.
Mata berair je
Thanks guys. Ramai yang beri nasihat dan doakan kesihatan Jue. Hargai sangat. Semoga Allah membalas doa yang baik untuk kalian semua Amin.
Menurut Jue, dia menerima banyak kiriman direct message (dm) daripada netizen dan rata-ratanya mengatakan sekarang musim influenza. Oleh sebab itu, mereka meminta Jue untuk menjaga kesihatan diri dan melakukan pemeriksaan sekiranya masih belum pulih.
Ramai yang dm cakap influenza sekarang ni tengah musim. Rupanya ramai yang kena. Tengoklah Jue sampai pakai tuala nak lap hingus tak tahan asyik meleleh dan mata berair saja. Nasib baik balik rumah mak. Dah mak kena layan kita macam baby memang tak larat nak buat apa-apa dah.
Makan semua tak ada deria rasa. Kadang tak boleh bau. Ramai yang bagi nasihat kalau lebih 3 hari kena buat pemeriksaan. Ada tips nak hilangkan selsema. Sebab tak boleh nak tidur kacau pernafasan. Kena nafas lalu mulut tu yang perik tekak.
Di akhir posting, Jue meminta tips daripada netizen tentang cara nak hilangkan selsema. Ujar Jue, dia susah untuk bernafas ketika tidur.
Sumber: Jue Aziz