berita

Tak Boleh Pakai Selipar, Seluar Pendek Ketika Berurusan Di Kaunter JPJ

January 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi laman facebook rasminya telah mengeluarkan satu peraturan baru berkaitan kod etika berpakaian apabila memasuki premis dan pejabat JPJ seluruh Malaysia.

Menerusi kod etika pakaian terbaru oleh JPJ ini, mana-mana pelawat yang berpakaian tidak sopan, menjolok mata serta terlalu mendedahkan tubuh adalah dilarang untuk memasuki pejabat JPJ.

Tak boleh pakai selipar

Etika berpakaian. Sila patuhi etika berpakaian pelanggan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Pelanggan hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian selaras dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Menurut JPJ, peraturan dan kod etika pakaian terbaru ini adalah selaras dengan prinsip kelima Rukun Negara yang menekankan soal kesopanan dan kesusilaan. Oleh itu, kesemua pelawat haruslah mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan sekiranya ingin berurusan dengan JPJ.

Antara pakaian yang dilarang buat para pelanggan ialah seluar koyak, seluar pendek, skirt paras lutut, seluar mini skirt, baju tanpa lengan termasuk selipar.

Etika berpakaian

Berikut merupakan etika berpakaian yang dilarang dan dibenarkan oleh JPJ buat para pelanggan.

Sumber: JPJ 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×