berita

Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang, Alyah Akui Lebih Banyak Godaan Selepas Berhijab

July 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

havoc raya ramadhan-9

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar kisah mengenai Alyah bukan. Mula mengenakan hijab pada April tahun lalu, penyanyi bersuara lunak ini dilihat agak kurang muncul di kaca televisyen. Lebih eksklusif mungkin?

Namun, seperti juga selebriti wanita yang lain, orang ramai dilihat sering kali mengadili cara Alyah memakai hijabnya. Ada sahaja yang dilihat tidak kena pada penampilan wanita tersebut.

Berpeluang untuk menemui Alyah semalam, kami pun bertanyakan mengenai isu tersebut. Agaknya Alyah tak terasa ke bila ada orang menilai penghijrahan yang dilakukannya itu?

havoc raya ramadhan-18Alyah yang kini kelihatan semakin anggun berhijab

“Sebenarnya kalau bab berhijab ni, saya lebih suka simpan untuk diri sendiri. Kalau ikutkan ‘penghijrahan’, menyanyi pun dah tak boleh.

Sebab itu saya tak nak jadi too loud sebab saya masih berada dalam industri. Artis buat apa pun salah. Melainkan kalau lepas ni saya dah keluar industri, mungkin saya boleh cakap.

Benda-benda kecil boleh jadi sangat sensitif. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang dan cuba menjaga aurat selagi boleh. Hidayah datang kepada saya dengan sangat cepat dan saya tak pernah menyesali perkara itu.

Jadi biarlah ianya antara diri saya dengan yang di atas sahaja (Allah SWT). Sebenarnya dugaan dan godaan lagi tebal bila kita dah berhijab.”

Terlanjur bersembang, kami pun tanyalah macam mana dengan Ramadhan Alyah setakat ni dan persiapan menyambut hari raya Aidilfiti yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“So far, tahun ni yang best sikit. Saya kurangkan aktiviti sebab nak luangkan masa untuk diri sendiri dan family. Dah hampir 8 tahun saya tak bercuti masa bulan Ramadhan. InsyaAllah, saya akan beraya di Johor tahun ini.”

Masa macam ni lah kita boleh rapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga. Lebih-lebih lagi bila dilimpahi kurniaan rahmat bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kalau asyik bekerja je boleh jadi tension jugak.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×