berita

Tak Boleh Urus Jenazah & Lihat Wajah Bapa, Luahan Remaja Positif Covid-19 Undang Sebak

April 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Harris Annuar berkongsi satu rakaman live panggilan video bersama seorang mangsa yang positif Covid-19. Lebih menyedihkan, remaja yang dikenali sebagai Talha Taufiq itu kehilangan ayah tercinta disebabkan wabak tersebut. Al-Fatihah.

Live yang sangat pilu

https://www.instagram.com/p/B-kRpgylxB0/

Menerusi live tersebut, Harris memberitahu bahawa bapa Talha merupakan mangsa kes kematian ke-3 di Malaysia. Tambahnya, perkongsian ini amat memilukan buat dirinya sendiri kerana dia tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya untuk berada di tempat remaja tersebut.

Menurut Talha, sebagai seorang anak dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat menguruskan jenazah ayahnya apatah lagi melihat wajah arwah di saat akhir. Talha yang turut disahkan positif wabak Covid-19 itu memberitahu bahawa dia terkena jangkitan tersebut melalui ayahnya. Mendengar mengenai perkongsian tersebut, Harris turut berharap remaja itu sentiasa tabah dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kematian ke-3 di Malaysia

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kematian ke-3 merupakan kes ke-152. Mangsa berusia 58 tahun dan merupakan kluster jemaah tabligh. Mangsa dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Meskipun diberi bantuan mesin pernafasan, keadaan mangsa dipercayai merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lalu.

Sumber: Harris Annuar & Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×