“Maaf, tak boleh balik kampung beraya”, mesti korang patah hati kan bila dengar Perdana Menteri kita umumkan yang kita tak dapat balik beraya tahun ni.
Tapi jangan risau..trend-trend baru rakyat Malaysia yang kami nak kongsikan ni mesti dapat buatkan korang tersenyum dan bertambah semangat untuk sambut raya tahun ni!
1) Bukan je OOTD raya, tahun ni siap ada TikTok Raya!
Kalau sebelum ni, tak lengkap rasanya Hari Raya kalau tak kongsi OOTD raya ataupun gambar raya bersama keluarga. Yelah, mestilah nak post OOTD dengan fesyen baju raya yang stylo. Masing-masing taknak kalah dengan macam-macam gaya dan trend terkini, siap ada yang sedondon dengan family!
Walaupun hanya beraya di rumah, tapi rakyat Malaysia ni masih je bersemangat nak sambut raya dan ada je idea untuk memeriahkan raya dengan macam-macam cara baru. Contohnya, cabaran TikTok Baju Raya yang tengah trending sekarang ni.
Ramai tau influencer muda yang dah join trend baru ni, termasuklah instafamous seperti Farrah Khairina, Muhammad Syahfitri, Aqil Zulkiflee, Bibi Qairina, Syaza Yusof, Ahmad Akid dan ramai lagi!
Jom tengok video-video diorang!
https://www.instagram.com/p/B_okHtgHNRa/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
https://www.instagram.com/p/B_ohhBiJrqY/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/B_orgdrJh_0/?utm_source=ig_web_copy_link
@syhfit_@lazadamalaysia akan adakan jualan Salam Mubarak 12 May ni! Belilah essentials kat Lazada! Best x? ##LazadaTiktokRaya? Every Time We Touch (Remix) – Cascade
@farrahmzmyeayy now lazada is having salam mubarak sales on 12 May !! jom beli your essential on lazada now !! ##lazadatiktokraya? Every Time We Touch (Remix) – Cascade
Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi video-video menarik, korang cari je #LazadaTikTokRaya.
2) Kumpul duit raya online!
Hari Raya ni memang sinonim betul dengan duit raya. Bagi yang masih belajar tu, masa ni lah nak kumpul duit raya banyak-banyak! Tapi, memandangkan raya tahun ni tak dapat beraya di kampung, macam mana nak kumpul duit raya dari makcik pakcik kan?
Apa susah, sekarang ni kan semua di hujung jari je. Kan dah jadi trend transfer duit raya secara online! Bagi je nombor akaun, setel! Eh, tapi kalau korang nak duit raya extra, korang join je Lazada TikTok Raya Challenge. Untung-untung, boleh menang duit raya bernilai RM200!
Nak join pun mudah:
1. Follow @lazadamalaysia di TikTok
2. Buat outfit video Lazada TikTok Raya Challenge
3. Post video TikTok korang di Instagram dan jangan lupa hashtag #LazadaTiktokRaya
4. Video yang terpilih akan berpeluang untuk menang RM200 duit raya Lazada Wallet Credit!
Oh ya, selain Lazada TikTok Raya Challenge, korang juga berpeluang untuk memenangi duit raya bernilai RM77,000 dengan Lazada Wallet Heartbeat, di samping menerima cashback sehingga RM15, apabila korang menambah nilai Lazada Wallet! Tawaran ini sah dari 8 hingga 11 Mei 2020 saja tau!
3. Klik dan beli, shopping online jelah!
Memandangkan dalam tempoh PKPB ni kita digalakkan untuk jaga jarak sosial dan kurangkan aktiviti luar, ramai yang pilih untuk beli baju raya online je.
Online shopping ni kan dah jadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Semua benda kalau boleh nak beli online. Sampai penuh lah satu gudang pos tu! Yelah, boleh jimat masa dan tenaga, risiko pun tiada!
Alang-alang cakap pasal shopping online ni, dengar cerita, Lazada ada buat Lazada Salam Mubarak Sale dengan pelbagai tawaran hebat serta penghantaran percuma.
Yang lagi best, siap ada tawaran raya RM1 dengan Raya Bergaya. Bolehlah korang shopping untuk satu keluarga dan melaram baju raya nanti!
Eh, ada lagi, selain baju raya, segala keperluan Hari Raya seperti kasut, aksesori, barangan dekorasi rumah dan peralatan memasak pun boleh korang dapatkan di Lazada Salam Mubarak Sale tau!Dah lah harga berpatutan, siap ada 4 hari istimewa tawaran Crazy Flash Sale pada 6, 13 dan 20 Mei serta Mega Day pada 12 Mei 2020 dengan potongan harga sehingga 90%!
4. Takde bazar? No problem, order online je!
Selalunya bila bulan Ramadan, bazar Ramadan dan bazar rayalah yang paling ramai orang nantikan. Memandangkan tahun ni semua tu takde, ramai je yang pesan juadah berbuka secara online. Yelah, nak masak sendiri takut tak sama rasanya, jadi beli jelah!
Ada yang siap buat kejutan dengan pesan dan kirimkan juadah enak untuk keluarga dan kawan-kawan. Kan best bila dapat pesanan mengejut macam tu. Excited habis nak tahu apa yang kawan kita hantar!
Lebih kreatif, ada yang berbuka puasa secara online! Yelah, dengan teknologi sekarang semuanya boleh. Video call dan kongsi makanan masing-masing. Barulah terasa macam berbuka puasa “bersama” walaupun jauh kan!
Haa..buat pertama kalinya juga, Lazada menyediakan juadah berbuka puasa di Selera Lazada!
Segala juadah kegemaran Ramadan seperti roti john, ikan bakar, kuih tepung pelita, ramuan segar dan kuih muih kegemaran korang pun boleh didapati di Lazada tau!
Korang juga boleh tonton livestreaming dari influencer terkenal iaitu Azfar Herisyam yang akan berkongsi pelbagai resepi juadah enak di slot Selera Lazada, pada setiap hari Khamis, jam 10 malam. Stay tuned ok!
Syawal berbeza, tapi kemeriahan tetap dirasai!
Walaupun Aidilfitri tahun ni disambut berbeza, tapi Lazada sentiasa ada untuk menemani dan memeriahkan raya korang #LazadaTemanYou.
Jadi, jom ramai-ramai jadikan cara new normal ni sebagai inspirasi untuk beraya tahun ni! Jangan lupa rebut duit raya dan nikmati pengalaman membeli belah dalam talian dengan selamat dan inovatif di Lazada Salam Mubarak Sale!
Untuk maklumat lanjut dan sebarang update, layari laman web Lazada dan Instagram Lazada.