berita

Tak Dapat ‘Green Light’ Nak Tambah Bini, Suami Berang Tetak Kaki Isteri

August 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana didakwa menetak kaki isterinya hanya kerana berang hasratnya ingin berpoligami tidak dipenuhi mangsa. Kejadian itu dipercayai berlaku di Kampung Tempuran, Indonesia.

Tetak kaki isteri

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, suspek yang dikenali dengan nama Dedi Ompong mengakui dia ingin menikah satu lagi tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menceraikan isterinya. Nekad dengan keputusannya, Dedi kemudian telah meminta izin untuk berpoligami tetapi sayangnya hasrat itu tidak mendapat restu si isteri.

Difahamkan, selain tidak mengizinkan suaminya berpoligami, mangsa juga ada menuntut cerai daripada suspek dan kerana terlalu berang, Dedi yang berusia 41 tahun itu bertindak agresif dengan menetak kaki isterinya menggunakan golok.

Saya kecewa dia menuntut cerai. Saya tidak mahu berpisah.

Mangsa dikejarkan ke hospital

Susulan daripada kecederaan parah yang dialami, mangsa yang juga merupakan ibu kepada 2 anak ini telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Menurut pegawai polis Kurmen Rubianto, pihak mereka telah menerima laporan daripada ahli keluarga mengenai insiden ngeri yang berlaku.

Suspek telah ditahan oleh pihak polis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 2004 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×