berita

Tak Dapat Pinjam Wang, Peniaga Kuih Sanggup Bunuh Kawan Sendiri

March 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Gara-gara terdesak mahu mendapatkan wang dengan segera bagi membayar hutang, seorang wanita warganegara Indonesia, sanggup menghentak kawannya sendiri sehingga mati. Kejadian tersebut berlaku di Pangsapuri Angsana USJ8, Subang Jaya, Selangor.

Minta tolong pada mulanya

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Lapor Harian Metro, ketika kejadian suspek yang berusia 39 tahun, sempat menghubungi mangsa bagi meminta bantuan untuk mengangkat anaknya yang mengalami kecederaan di bahagian tangan. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa berhubung insiden tersebut pada pukul 12 tengah malam.

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan penjual kuih dan saling mengenali antara satu sama lain.

Pada 6 petang semalam, suspek mengaku membunuh mangsa sebelum menunjukkan lokasi mayat mangsa disembunyikan di bawah katil di rumahnya pada 8 malam tadi.

Siasatan mendapati mangsa dihentak menggunakan tangan hingga terjatuh dan suspek terus menghentaknya dan ketika kejadian, dua anak suspek yang masih kecil berada di rumah.

Hutang RM5k

Sekadar Gambar Hiasan

Jelas Khalid lagi, menerusi siasatan awal yang dibuat, pihak polis mendapati suspek terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang kepada orang lain berjumlah RM5,000. Ketika kejadian, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselimut dan terdapat pendarahan di bahagian kepala.

Suspek ditangkap dan polis turut menahan suami kepada suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai kru produksi untuk membantu siasatan. Kita sedang menyiasat sama ada suami suspek terbabit dan akan menyiasat perkara itu.

Kini, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang bagi bedan siasat. Manakala, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×