berita

Tak Datang Bulan Sejak Berumur 17 Tahun, Wanita Akhirnya Berjaya Hamil Selepas..

September 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun dilahirkan tanpa rahim, seorang wanita di Washington, Amerika Syarikat, telah berjaya memiliki zuriat sendiri.

Wanita yang dikenali sebagai Jennifer Gobrecht itu telah menjalani proses pemindahan rahim sebelum disahkan hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki pada Januari lalu.

Tidak datang bulan sejak 17 tahun

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan ABC News, Jennifer dipercayai menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser iaitu masalah kongenital yang berlaku dalam setiap daripada 14,500 wanita. Menurut Jennifer, dia tidak datang bulan sejak usianya mencecah 17 tahun. Masalah tersebut membuatkan dirinya dan suami sukar untuk mendapatkan zuriat.

Segalanya berubah apabila saya terbaca pencarian Hospital of the University of Pennsylvania pada 2017 untuk calon penerima sukarela membuat pemindahan rahim dalam projek penyelidikan klinikal mereka. Permohonan saya diterima selepas melepasi kriteria termasuk calon mesti berusia 21 hingga 40 tahun, memiliki buah pinggang normal, bukan perokok dan mandul.

Jelasnya lagi, pelbagai rintangan dan risiko perlu dilaluinya sekiranya menjalani proses pemindahan rahim. Antara risikonya, dia bakal mengalami pendarahan dan jangkitan.

10 jam proses pemindahan rahim

Saya mahu mencuba kerana mahu membantu wanita lain. Saya menjalani pemindahan rahim selama 10 jam pada 1 Mei 2018 dan mengambil masa enam bulan untuk sembuh sebelum embrio ‘dimasukkan’ ke dalam rahim. Kami tidak mampu menahan air mata selepas disahkan hamil, rasa macam tidak percaya sebelum melahirkan anak itu Januari lalu secara pembedahan.

Jennifer turut berharap kisah dan pengalamannya ini mampu memberi harapan buat wanita yang mempunyai nasib yang sama. Ucapan terima kasih buat penderma turut diucapkan olehnya. Ujarnya lagi, penderma tersebut telah menjadikan impiannya sebagai realiti. Di seluruh dunia, Jennifer merupakan wanita ketiga yang berjaya melahirkan anak selepas menjalani proses pemindahan rahim tersebut.

Sumber: ABC News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×