berita

Tak Duduk Dalam ‘Car Seat’, Bayi 9 Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

September 25th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang bayi perempuan maut apabila kereta BMW yang dipandu ayahnya terbabas lalu tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Budak 4 Tahun Maut Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan

Artikel Berkaitan: Budak Setahun Terlibat Dalam Kemalangan, Merangkak Keluar Dari Lori Cari Ibu

Rempuh tiang

Menerusi laporan Mirror UK, kereta yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu bersama anak perempuannya berusia sembilan bulan telah merempuh tiang di Goodyear, Arizona, pada Ahad lalu.

Pejabat Syerif Daerah Maricopa melaporkan bahawa bayi tersebut yang bernama Nylah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki itu masih berada dalam keadaan kritikal.

Pejabat Syerif mengesahkan bahawa tiada kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) ditemui pada kereta tersebut selain kedua-duanya tidak memakai tali pinggang keledar.

Difahamkan, jalan Perryville ditutup selama hampir enam jam untuk kru bekerja membersihkan tempat kejadian.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan kereta itu musnah sepenuhnya selepas kemalangan itu berlaku.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×