berita

Tak Famous Tapi Power- Ini 5 Filem Lakonan Amirul Affendi Yang Sangat ‘Menjadi’!

October 8th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Amerul Affendi merupakan seorang pelakon yang hebat namun popularitinya tidaklah setanding pelakon kacak seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan lain-lain. Beliau yang seringkali digandingkan dengan pelakon Bront Palarae atau Zahiril Adzim ini juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.

Walaupun beliau seringkali memainkan watak sampingan sahaja, namun beliau mampu membawa pelbagai jenis watak dengan jayanya. Disini, admin kongsikan 5 lakonan hebat beliau sepanjang berada di industri hiburan tanah air.

Watak lembut

Dalam sebuah filem pecah panggung pada tahun 2016 iaitu Polis Evo, beliau pernah membawa watak seorang lelaki lembut, Mat Yam. Lakonan mantap beliau itu juga mendapat sambutan hangat para penonton.

Beliau yang pada asalnya menerima tawaran watak sebagai seorang lelaki siam kemudian last minute ditukarkan kepada seorang lelaki lembut di lokasi pengambaran. Walaupun begitu, beliau masih lagi mampu membawa watak tersebut dengan baik sekali.

Lakonan yang bersahaja

Beliau sekali lagi mencuri perhatian para penonton apabila berjaya membawa watak gengster, Adi dalam filem arahan Namron, One Two Jaga. Lakonannya yang bersahaja namun dalam masa yang sama, emosi dan jiwanya sebagai Adi cukup menyerlah sehinggakan penulis meletakkan beliau sebagai calon utama untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM30 kelak.

Watak yang memberinya anugerah

Berbeza dengan watak yang sering dimainkan, beliau membawa watak seorang guru yang penakut, takut untuk menyuarakan pendapat yang bernama Toyu menerusi filem Terbaik Dari Langit. Watak tersebut juga memberi tuah kepadanya apabila beliau dinobatkan sebagai pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.

Kawan yang setia

 

Memegang watak Muski dalam filem Bunohan 2012, beliau berjaya melonjakkan namanya dalam industri hiburan. Wataknya merupakan kawan baik Adil yang dimainkan oleh Zahiril Adzim, menarik minat para penonton kerana berjaya membawa watak kawan yang setia.

Watak lanun Sabah

Terbaru, beliau memainkan watak gengster laut dari Sabah bernama Rudy dalam filem Paskal. Walaupun hanya sekadar pelakon undangan, ramai yang memuji beliau dalam memainkan watak tersebut.

Sumber: Mstar Online, Kosmo Online, Catatan Fred

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×