berita

Tak Gentar Pertahankan Pales***, Kaka Azraff ‘Kunci Mulut’ Selepas Diserang Penyokong Isr*** 

December 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

kaka israel

Penyanyi, Kaka Azraff mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan dia telah digugurkan oleh syarikat rakaman.

Hal itu berikutan kelantangan suaranya di media sosial berkenaan isu peperangan di Palestin.

Artikel Berkaitan: Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tak Lupa Saudara Islam, Sharif & Syaiful Zero Sumbang Sebahagian Wang Hadiah RM10,000 Kepada Palestin

Desakan tamat kontrak

kaka israel

Ketika dihubungi OhBulan! Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff enggan memberikan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan tersebut namun berjanji akan memaklumkan kemudian kepada pihak media.

Buat masa sekarang, saya tak boleh bagi apa-apa kenyataan lagi. Nanti akan diberitahu kelak.

Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih sebab ambil berat tentang saya.

From river to sea, Palestine will be free.

Sebelum ini, pelantun lagu Gila itu telah diserang oleh kumpulan penyokong dipercayai dari Israel yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana solidariti Kaka terhadap saudara seagama di Gaza.

Penyanyi berusia 33 tahun ini turut disenaraikan dalam ‘Jew Hate Database’ menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) milik akaun @jewhatedb.

Kaka Azraff seorang pembenci Yahudi dan penyanyi pop Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Warner Music Malaysia.

Pada masa lapang, dia mengganggu pempengaruh media sosial, Nate dan menyokong penghapusan orang Yahudi serta menyatakan sentimen bahawa Hitler sepatutnya membunuh semua orang Yahudi.

Menjengah ke diruangan komen, Kaka dihujani dengan kecaman dan kritikan daripada warganet yang menyokong Israel selain mendesak agar pihak Warner Music mengambil tindakan untuk menamatkan kontraknya sebagai artis naungan label itu.

SKIP THIS AD ×