Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah mengakui dia tidak mempunyai pegangan iman yang kuat namun tidak pernah terlintas untuk membangkitkan kontroversi setiap kali membuat kemunculan selepas menghilangkan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Jual Tuala ‘Preloved’, Korang Nak Beli Tak?
Artikel Berkaitan: ‘Aku Tak Nak Kahwin Dengan Lelaki Yang Hanya Tahu Merosakkan Perempuan’ – Nonny Nadirah
Iman turun naik
Menerusi temu bual bersama F8Buzz sebelum ini, Nonny berkata, hanya orang yang terdekat sahaja mengenali dirinya.
Simple macam ini la. Kita iman turun naik, nak cerita lebih pun benda ini sebenarnya kita dah besar panjang. Tak perlu nak perbesarkan. Bagi saya, cukup orang terdekat tahu diri saya macam mana, itu sudah.
Saya nak sangat-sangat orang mendoakan yang terbaik untuk diri saya. Saya tak pernah ada hasad dengan sesiapa, siapa pun dia, millionaire ke, anak Datuk ke, anak kerabat ke, Allah tak pernah ajar macam itu.
Saya sentiasa bila berkawan dengan orang, sangat jujur, saya sayang diorang kerana Allah. Akan tetapi jika mereka ada niat yang sebaliknya, serahkan sepenuhnya kepada Allah.
Disoal mengenai tingkah laku di media sosial sejak kebelakangan ini, Nonny secara ringkas menjawab, semua yang dilakukan olehnya pada waktu itu mempunyai sebab.
Saya hanya ingin memberi idea kepada orang lain untuk melakukan perkara itu di rumah tanpa mengeluarkan wang.
Sebenarnya tak ada maksud pun, hanya sekadar nak kongsi dengan orang. Yela, kadang-kadang ada orang nak potong rambut ada masalah sangat, apa kata kita bagi pelajaran yang boleh buat sendiri dekat rumah benda itu tanpa keluar duit.
Duit itu boleh simpan kan, sama ada nak beli sesuatu. Bagi saya, apa yang saya buat semua bersebab.
Berbicara mengenai penampilannya yang seksi, Nonny beranggapa imejnya itu sama seperti orang lain.
Kalau nak cakap terlampau seksi, pelakon lama seksi juga. Sekarang, kalau buka media sosial semua banyak macam itu. Tapi bagi saya, istilah seksi atau tidak, ada saja pakai macam itu tapi tak ada jadi bahan bualan.
Bila saya pakai macam itu, seksi sangat ke… itu yang saya agak macam ‘yeke’. Sebab bagi saya, tengok orang lain tak macam nampak seksi sangat.
Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim kelima ini turut menafikan dakwaan dia sengaja mencari publisiti dan menjadi ‘attention seeker’ dengan memuat naik sesuatu konten yang mengundang perhatian netizen.
Saya memang minat akan tetapi tak ada dah macam dulu, cumanya tak tahu kenapa setiap perkongsian saya buat itu mencuri tumpuan peminat. Sedangkan ada saja artis lain, saya tengok di Instagram botakkan kepala.
Tapi tak menjadi (bualan)… bila saya saja benda itu menjadi. Media sosial untuk semua orang dan boleh cakap tentang sesiapa. Nak cakap fasal attention seeker, siapa ada media sosial semua attention seeker.
Di akhir video, Nonny memaklumkan dia kini dalam keadaan sihat dan mengharapkan doa daripada semua orang.
Sumber: F8Buzz