Pelakon Indonesia iaitu Rizky Billar dikatakan tidak hadir ke balai polis semalam untuk memberi keterangan berhubung isu Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) yang membabitkan dirinya dan isteri, Lesti Kejora.
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker
Artikel Berkaitan: Tular Foto Rizky Billar & Ibu Tersenyum Gembira, Netizen Tanya Kecewa Tak Bila Tahu Perangai Anak Mak Cik?
Rizky tak hadir beri keterangan
Memetik laporan Insertlive, Rizky Billar sepatutnya perlu memberi keterangan kepada polis semalam tetapi dia sebaliknya memilih untuk tidak hadir dengan alasan mentalnya didakwa terganggu. Bukan itu sahaja, Rizky dikatakan telah memanggil seorang ustaz datang ke rumah untuk membantu merawatnya secara psikologi.
Menurut peguam yang mewakili Rizky iaitu Ade Erpil, mental anak guamnya itu terganggu kemungkinan disebabkan kecaman dan kata-kata kesat yang dilemparkan netizen kepadanya mengenai isu yang membabitkan dirinya dan Lesti Kejora.
Dia masih terganggu mentalnya. Dia memanggil seorang ustaz datang ke rumah untuk bantu merawatnya. Sebab itu dia tidak boleh datang beri keterangan.
Tambahnya lagi, Rizky kini sedang berehat di kediamannya namun enggan memberi maklumat terperinci keberadaan anak guamnya itu. Manakala anak lelaki Rizky dan Lesti iaitu Leslar kini berada di rumah ibu bapa Lesti.
Sumber: Insertlive