berita

Tak Hormat Lagu Negaraku Alasan Nak Pertahan Hak Sarawak, Bukit Aman Ambil Tindakan

September 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial apabila video sekumpulan individu tidak menghormati lagu kebangsaan, Negaraku di Kuching, Sarawak dikecam oleh netizen. Menurut netizen, tindakan kumpulan berkenaan yang tidak berdiri ketika lagu tersebut sedang dimainkan merupakan tindakan yang sangat biadap.

Bukan urusan saya

https://www.facebook.com/alexandarkk/videos/10155668549994229/?eid=ARCOKNM4ACIHup46Jvhh3_a8m3UALBlZZXDpY4beLnKIT7Mr5_v-jwZuh-TF7OvWLagpWSEzEELrRUi2

 

Menerusi video asal daripada Facebook Shaow Tun Leong, lelaki tersebut menulis ‘I will not stand and sing Malaya national anthem, coz non of my business (Saya tidak akan berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Malaya kerana ia bukan urusan saya).

Menurutnya, hanya sukarelawan S4S tidak berdiri ketika penganjur acara makan malam sebuah parti tempatan memainkan lagu Negaraku. Tindakan mereka itu mencuri perhatian para tetamu yang hadir dan para netizen.

Sesetengah orang yang bersorak Sarawak Merdeka setiap hari telah berdiri dan menyanyikan Negaraku. Apabila melihat reaksi kami, mereka terasa malu. Makan malam itu tidak menyanyikan lagu “negeri” Sarawak, tetapi kemudiannya menyanyikan lagu Fairland Sarawak. S4S kami terus berdiri dengan segera dan reason ini mengejutkan semua orang. Salute!

Mengapa berdiri? Apa gunanya apabila Malaya merompak Sarawak selama beberapa dekad, Tun M sudah berkata, dia tidak akan membayar 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak, sekarang semua orang benci perayaan 831, benci 916, buat apalah mereka berdiri dan menyanyi lagu lanun Malaya?.

Boleh dikenakan hukuman penjara dan denda

Menerusi laporan Harian Metro, individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang, boleh dikenakan hukuman penjara serta denda jika didapati bersalah.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Berdasarkan akta itu, individu berkenaan boleh ditahan jika perbuatan itu dilakukan di hadapan pegawai polis yang melihatnya. Namun, buat masa ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Setakat ini, menerusi laporan Sinar Harian, pihak polis Bukit Aman bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua individu yang tidak menghormati lagu ‘Negaraku’ di Sarawak.

Sumber: Shaow Tun Leong, Utusan MalaysiaHarian Metro & Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×