Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama asal sebaliknya ingin dikenali sebagai Azri Alexander.
Artikel Berkaitan: Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal
Artikel Berkaitan: Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis
Anak-anak marah
Ketika dihubungi OhBulan!, Azri menyatakan keputusan itu terpaksa dilupakan selepas mendapat tentangan daripada anak-anak.
Kata Azri, 54, anak-anaknya tidak bersetuju dengan penukaran nama jadi dia menghormati dengan pendirian mereka.
Anak-anak marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar. Tak jadi guna nama Azri Alexander.
Saya minta maaf pada semua. Saya kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat.
Respon warga industri
Tambah pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly, dia akui tidak berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mendadak.
Silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak tentang hal ini. Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.
Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak pergi ke peringkat antarabangsa, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar.
Dalam pada itu, pelakon filem Penanggal ditanya mengenai penerimaan warga penggiat industri seni kreatif mengenai keputusan yang dibuat beberapa hari lalu.
Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun.
Sebelum ini, Azri memilih untuk menggunakan nama baharu kerana asyik dikecam netizen selain boleh membantu untuk menembusi pasaran antarabangsa.