berita

‘Anak Suruh Saya Cari Orang Lain, Bekas Isteri Anggap Dr Azra Scammer’ – Azri Iskandar

October 25th, 2023 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Pelakon Azri Iskandar memberitahu dia masih belum mendapat ‘green light’ untuk mendedahkan siapa Dr Azra sebenarnya.

Bukan itu sahaja, pelakon ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini turut mengakui bahawa hubungannya dengan Dr Azra semakin renggang disebabkan jadual wanita tersebut yang terlalu padat.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Dia Dah Renggang, Nak Betulkan Keadaan Dulu’ – Azri Iskandar Belum Fikir Soal Kahwin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azri Iskandar & Dr Azra Jadi Kahwin Tahun Ini, Ellie Suriati Antara Jemputan Dalam ‘Guest List’

Artikel Berkaitan: Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis

Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Kongsi Gambar Bertunang, Tunggu Kami Kahwin’ – Azri Iskandar

Anak suruh cari orang lain

Menurut Azri, anak-anaknya menganggap wanita tersebut tidak ikhlas dalam perhubungan mereka.

Anak-anak suruh cari orang lain. Mereka kata dia tak ikhlas. Apa salahnya tunjuk sekeping gambar. Orang ingat dia tiada, tapi sebenarnya ada. Umur dia 44 tahun. Dia belajar muzik. Cuma sejak belakangan ini dia tulis skrip dan mahu terbitkan dokumentari.

Tambah Azri, hubungannya dengan wanita itu sudah mulai renggang disebabkan jadual kerja. Namun begitu, Azri mengaku dia masih berhubung dan bertanya khabar sekali sekala mengenai wanita tersebut.

Kalau saya jadi dia, saya akan keluar. Tak tergamak dikata gila. Setahun lebih tak jumpa. Dulu hari-hari sekarang tak sangat berhubung.

Berbicara mengenai pandangan bekas isteri, Azri berkata Ellie menyuruhnya mencari wanita lain.

Kalau kita tengok Ellie komen tentang isu itu dan dia anggap wanita itu scammer. Dia suruh saya cari orang lain.

Terdahulu, disoal mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya, Azri berkata ‘tengok dahulu keadaan macam mana’.

Kita tengok dulu keadaan mcm mana, saya dengan dia dah renggang. Saya nak betulkan keadaan dulu. Mungkin ada potensi. Saya tak bergaduh dengn dia. Kami baik cuma renggang sebab dah jarang jumpa. 4 kali saya dating dengan dia. Dia tinggal dekat Ara Damansara. Dia bukan tak nak jumpa, dia sibuk buat job di luar kawasan. Dalam masa sama dia berlatih muay thai untuk berlakon. Jadi anda boleh tengok dan jumpa dia masa pelancaran nanti.

Azri ditemui di Tayangan Filem Kutukan Sembilan Setan di Starling Mall, semalam.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×